BACHOK: Polis mengeluarkan 124 saman kepada penunggang-penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan ketika berkunjung untuk beriadah di kawasan pantai di sekitar daerah ini.
Operasi dijalankan oleh 11 anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok selama empat jam bermula 5 petang pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, operasi dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam berkaitan terdapat pengunjung yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di pantai-pantai di daerah Bachok.
“Operasi dilaksanakan di Jalan Melawi, Tangok dan Badak di Bachok dengan memeriksa 41 motosikal pelbagai jenis antaranya Yamaha Y15 ZR yang membawa kepada 124 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Kesalahan ubah suai ekzos (9), tiada lesen memandu (18), nombor plat tidak ikut peraturan (8), tiada nombor pendaftaran (13), kesalahan aksesori (9), nombor fancy (7) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (18).
“Tiada perlindungan insurans (12), tiada cermin pandang belakang (15), abai isyarat lalu lintas (5), gagal berhenti (3), ubah suai struktur (3), tiada lampu brek (2), brek tidak berfungsi (1) dan lesen tamat tempoh (1),” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Ujarnya, sejumlah 45 lelaki manakala 10 wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun diperiksa dalam operasi itu termasuk yang datang dengan menunggang motosikal dari daerah Kota Bharu, Machang dan Tumpat.
“Sebanyak 41 motosikal dibawa balik ke IPD Bachok untuk pemeriksaan.
“Sejumlah 17 motosikal ditahan untuk dokumentasi mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Tegas beliau, akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang mengingkarinya.
“Saya menasihatkan kepada semua yang berkunjung ke pantai-pantai untuk melancong atau beristirahat, patuhi undang-undang demi keselamatan orang ramai,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 03 2022
Penunggang motosikal antaranya jenis Yamaha Y15 ZR diperiksa dalam operasi di Bachok pada Jumaat. (Gambar kecil: Mohamad Ismail Jamaludin)
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
124 penunggang motosikal disaman atas pelbagai kesalahan
Operasi dilaksanakan di Jalan Melawi, Tangok dan Badak di Bachok dengan memeriksa 41 motosikal pelbagai jenis.