JOHOR BAHRU: Sebanyak 122 premis perjudian haram di Johor telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dalam Op Bersepadu sejak awal tahun sehingga hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu dilakukan untuk menghapuskan kegiatan haram tersebut daripada terus berleluasa.
Beliau berkata seramai 65 pegawai dan anggota polis serta 42 kakitangan TNB terlibat dalam operasi itu yang dilakukan di setiap daerah.
"Dalam Op Bersepadu ini, kami telah membuat permohonan pemotongan bekalan elektrik dan setakat ini, sebanyak 122 premis telah diluluskan dan ia dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Kamarul Zaman berkata sejak Januari sehingga 5 Dis lepas, sebanyak 2,166 serbuan dilakukan di premis perjudian di negeri itu dengan melibatkan tangkapan 2,802 individu serta merampas 1,099 telefon bimbit, tiga komputer, empat komputer riba dan wang tunai RM835,299.
Sementara itu di IPOH, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata polis menyerbu lima premis yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan perjudian menerusi Op Dadu di daerah itu.
Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memotong bekalan elektrik di premis yang terdiri daripada empat kedai aksesori telefon bimbit dan sebuah kedai runcit hari ini.
"Dianggarkan sebanyak RM500 hingga RM1,000 kadar keuntungan yang dikaut setiap hari oleh pihak premis tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 315 kertas siasatan telah dibuka dan daripada jumlah tersebut 260 kertas siasatan telah didakwa di mahkamah pada tahun lepas di daerah itu manakala 14 premis berjaya diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.
Nor Omar berkata bagi tempoh Januari sehingga Disember tahun ini pula, 330 kertas siasatan telah dibuka dan daripada jumlah tersebut, 234 kertas siasatan telah didakwa di mahkamah dan 43 masih lagi dalam siasatan.
"Bagi statistik pemotongan bekalan elektrik pula, 18 premis telah berjaya diambil tindakan sehingga kini namun ada premis yang masih aktif menjalankan kegiatan judi, masih berdegil dan tidak serik dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah," katanya.
Katanya pihak polis Manjung akan terus menjalankan operasi secara berterusan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung kegiatan tersebut dan usaha menurunkan kadar kes judi di dalam daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Operasi Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu dilakukan untuk menghapuskan kegiatan haram tersebut daripada terus berleluasa. - Foto Sinar Harian
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.