BATU PAHAT: Seramai 12 sekeluarga bukan sekadar hilang tempat tinggal, bahkan dua buah kereta dan tiga motosikal milik mereka turut musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit Pulai, Yong Peng pada petang Sabtu.
Lebih memilukan, salah seorang mangsa iaitu Mislan Osmin, 49, melecur di bahagian kaki ketika cuba menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd Baher berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.02 petang, sebelum 25 anggota dari BBP Yong Peng dan Penggaram dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, kita dapati sebuah rumah sedang marak terbakar manakala dua kereta dan tiga motosikal turut terbakar, namun salah sebuah motosikal berjaya diselamatkan.
“Kita difahamkan semasa kejadian, pemilik rumah dan 11 ahli keluarganya yang lain berada di ruang tengah dan dapur, namun mereka menyedari berlaku kebakaran di bahagian ruang tamu.
“Pemilik rumah iaitu Mislan telah mengarahkan ahli keluarganya untuk keluar, namun dia mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki kanan ketika cuba menyelamatkan diri,” katanya.
Jelas Othman, bomba memadamkan kebakaran menggunakan sumber air daripada jentera dan sumber air terbuka bagi memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun katanya, kediaman itu terbakar 90 peratus dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
Mangsa yang cedera juga diberikan rawatan awal oleh pihak bomba, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.07 petang.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. 12 sekeluarga hilang tempat tinggal, lima kenderaan terbakar
Sinar Harian
Sat Jul 17 2021
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang melibatkan kediaman dan kenderaan mangsa di Kampung Parit Pulai dekat Yong Peng, Batu Pahat petang Sabtu. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.
7 maut dalam kebakaran di bengkel lilin
Tujuh orang maut dalam kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah pada Khamis, menurut Xinhua yang memetik laporan media rasmi.
11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam
Kebakaran kira-kira 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.