KLANG: Dua belas lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan dalam sembilan serbuan di sekitar di sini pada 26 dan 27 Mei lepas, berhubung kes kecurian mesin bitcoin yang membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata, kesemua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan polis, susulan laporan dibuat oleh pemilik sebuah kilang aluminium di kawasan perindustrian Meru Barat, dekat sini, selepas premisnya disamun dan 180 mesin bitcoin dicuri dalam dua kejadian pada 27 April dan 20 Mei lepas.
Beliau berkata berdasarkan modus operandi yang digunakan, suspek menyamun kilang pada awal pagi dan mengikat pegawai keselamatan yang bertugas.
"Susulan daripada itu, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan telah dibuka. Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, di sini, hari ini.
Vijaya Rao berkata kesemua suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, manakala warga Indonesia tidak mempunyai rekod jenayah.
"Dalam kesemua serbuan itu, antara yang dirampas seperti kereta, komputer ribu, telefon bimbit dan mesin bitcoin. Hasil daripada tangkapan, rampasan dan siasatan yang dibuat, setakat ini polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun bitcoin di kawasan Klang Utara," katanya.
Katanya, pihak polis kini sedang mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Tan Jian Farn (Q-Peng), 37, Herman Petrus, 41, dan Abdul Rahim Mohamad Ali, 33, dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
ACP S. Vijaya Rao menunjukkan gambar suspek pada sidang media mengenai kes samun kumpulan Q Peng dalam empat kes pecah premis dan samun premis tempat simpanan mesin bitcoin, di IPD Klang Utara hari ini. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, awal pagi semalam.
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.