PUTRAJAYA: Sebanyak 12 kes COVID-19 subvarian Arcturus dilaporkan di Malaysia setakat ini, dengan kesemuanya bergejala ringan dan stabil.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah kes itu, sebanyak enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor manakala, dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau berkata subvarian tersebut yang dikesan sejak Mac lalu, tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan dan hospital, selain keadaan jangkitan masih terkawal.
"Penilaian risiko peringkat global melaporkan risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan oleh subvarian XBB1.16 (Arcturus) adalah lebih rendah daripada subvarian XBB.1.5 dan varian/subvarian lain yang telah dilaporkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelas Dr Zaliha lagi, subvarian di bawah famili varian Omicron itu terbentuk hasil gabungan atau rekombinan varian BA.2.10.1 dan BA.2.75.
Sehingga 2 April lepas, ujar beliau ia telah dikesan sekurang-kurangnya di 31 buah negara di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskannya sebagai Variant of Interest (VOI) sejak 17 April 2023.
"Ini bermakna hasil penilaian risiko Kumpulan Pakar Teknikal Evolusi Virus SARS-CoV-WHO telah menilaikannya sebagai suatu subvarian yang memerlukan perhatian, tetapi tidak diletakkan dalam kelas varian di bawah pemantauan,” tambah beliau.
Mengenai situasi COVID-19 dalam negara, Dr Zaliha berkata kes terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 16/2023 telah turun sebanyak 6.4 peratus iaitu daripada 5,149 kes pada ME 15/2023 kepada 4,817 kes.
Beliau berkata varian Omicron kekal sebagai satu-satunya varian yang sedang menular dan sehingga kini sebanyak 70.97 peratus (18,319 kes) daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti, dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan VOI jenis varian Omicron dan subvariannya.
KKM, jelas beliau lagi akan terus memantau situasi dan varian atau subvarian COVID-19 di dalam dan luar negara, selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19 dengan selamat.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 24 2023
![12 kes subvarian Arcturus dikesan di Malaysia, tak beban kapasiti kesihatan - Dr Zaliha 12 kes subvarian Arcturus dikesan di Malaysia, tak beban kapasiti kesihatan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678609588_MenteriKesihatan.jpg)
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah kes itu, sebanyak enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor manakala, dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
![Sukan Olimpik Paris 2024: 'Azizulhasni terlalu fokus strategi' - Bekas atlet, penganalisis sukan Sukan Olimpik Paris 2024: 'Azizulhasni terlalu fokus strategi' - Bekas atlet, penganalisis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723304665_TBAzizulhasni.jpg)
Sukan Olimpik Paris 2024: 'Azizulhasni terlalu fokus strategi' - Bekas atlet, penganalisis sukan
Beliau berkata strategi yang dilakukan atlet berusia 36 tahun itu sudah bagus namun Mohd Azizulhasni seharusnya berhati-hati dengan pergerakan.
AWANI Ringkas: Segerakan bantuan kepada Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723362424_EmpanganTelukBahan.jpg)
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.
![Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Makam Diraja Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Makam Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723361219_MakamDiRajaBukit.jpg)
Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Makam Diraja
Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert yang dinamakan Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan itu berlangsung selama hampir tiga jam dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hits terhebatnya.
Faisal Halim dapat topeng rekaan khas Universiti Malaya
Topeng muka Faisal Halim rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya hasil kajian melalui Bioapps Sdn Bhd.
Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni
Hakikatnya, bukan hanya Jijoe yang kecewa, rakyat Malaysia juga turut sama bersedih, berduka, bermuram durja dengan kontroversi itu.
![Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722767911_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital
Suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.
AWANI Ringkas: Apple dan Samsung paling laris
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Topeng Faisal Halim direka khas penyelidik Universiti Malaya Topeng Faisal Halim direka khas penyelidik Universiti Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722740023_FaisalHalim.jpg)
Topeng Faisal Halim direka khas penyelidik Universiti Malaya
Ia rekaan khas sekumpulan penyelidik dari UM hasil kajian melalui BioApps berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.
![Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19 Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723164238_NoahLyles.jpg)
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
![[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia [KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622415528_fake.jpg)
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
![KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
![Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19 Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722334055_LaniPallister.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
![Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19 Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696492107_JoeBiden.jpg)
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721785411_JoeBidenAirForce.jpg)
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
![Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.
![Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717208020_JoeBiden.jpg)
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.