Meskipun berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan perlu melalui jalan-jalan balak, namun ia tidak menghentikan usaha penyaluran bantuan bekalan makanan kepada masyarakat di Lawas.
Usaha yang dijalankan oleh Projek Kecil Luar Bandar (MRP) melalui bantuan khas Sarawakku Sayang (BKSS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kewangan (MOF) itu memberi manfaat kepada lebih 12,000 isi rumah di kawasan berkenaan.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bantuan ini dijalankan dalam dua fasa.
"Pada fasa yang kedua ini ianya diletakkan dibawah program bantuan makanan Sarawakku Sayang di mana RM200,000 telah diperuntukkan bagi setiap DUN.
“Pada kali ini, kita menyaksikan sebanyak 7,310 pek makanan diagihkan di kawasan DUN Bukit Sari dan sebanyak 5,537 pula untuk DUN Ba’Kelalan,” katanya.
Melalui bantuan yang disumbangkan ini, beliau berharap ianya dapat meringankan beban mereka yang teruk terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dalam masa sama, Awang Tengah turut menyarankan setiap individu yang layak namun tidak tersenarai bagi bantuan ini untuk terus menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah masing-masing serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau menjelaskan Sarawak amat menitik beratkan kebajikan rakyat di negeri itu dan akan memastikan mereka yang tidak berkemampuan diberi perhatian sepatutnya.
Astro Awani
Sat May 02 2020
![12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan 12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71588418330_TBAwangTengah.jpg)
Perhatian akan lebih tertumpu pada kawasan yang sukar untuk diakses dalam memastikan setiap bantuan kerajaan dapat diagihkan pada golongan memerlukan. -Gambar Astro AWANI
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
![MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739434597_tbRahmadMarimanZa.jpg)
MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.
PPR: Kenal pasti penduduk, kenakan sewa munasabah - PM
Sebarang tunggakan boleh dibincangkan dengan majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri yang berkenaan, namun sewa minima mesti dibayar.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739433348_tbHospitalTengkuPe.jpg)
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739432202_tbStevenSimPTPK.jpg)
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595485422_TMenteriPembangunan.jpg)
COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan
Pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar jika dibuat daripada fabrik yang boleh dibersih dan disinfeksi selepas setiap kali diguna.
![12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan 12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71588418330_TBAwangTengah.jpg)
12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan
Sumbangan ini merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat di setiap pelusuk negeri itu menerima bantuan sepatutnya.
![Individu dibawa naik trak penjara ke pusat kuarantin tidak benar - Ismail Sabri Individu dibawa naik trak penjara ke pusat kuarantin tidak benar - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585550085_IsmailSabriYaakob.jpg)
Individu dibawa naik trak penjara ke pusat kuarantin tidak benar - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya individu yang dikuarantin dibawa ke pusat kuarantin menggunakan trak penjara.
![Pesawat khas misi kedua bawa pulang rakyat Malaysia berlepas ke Wuhan Pesawat khas misi kedua bawa pulang rakyat Malaysia berlepas ke Wuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555644201_AirAsiaPress.jpg)
Pesawat khas misi kedua bawa pulang rakyat Malaysia berlepas ke Wuhan
Pesawat khas AirAsia itu berlepas pada 5.58 petang bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka.