SHAH ALAM: Polis menahan 11 pengawal keselamatan bank di sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada 6 dan 7 Feb lepas kerana melanggar syarat lesen iaitu menyimpan senjata api di rumah.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 53 tahun itu ditahan di rumah masing-masing hasil daripada risikan yang dijalankan pihaknya.
Beliau berkata sebanyak 11 laras 'pump gun', 55 butir peluru dan sebuah kereta turut dirampas.
"Semasa serbuan dijalankan, kesemua pengawal keselamatan itu telah tamat tugas di bank dan didapati menyimpan senjata api jenis pump gun di rumah seperti meletakkan di bawah katil, tepi dan dalam almari pakaian serta dalam kereta," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya hasil siasatan mendapati pengawal keselamatan tersebut membawa senjata api balik ke rumah menggunakan motosikal dengan cara tidak selamat seperti menggalasnya di belakang, selain memaklumkan mereka telah diarahkan oleh syarikat untuk menyimpan senjata api di rumah selepas tamat kerja.
Kejadian itu, katanya berlarutan selama lebih kurang dua tahun dan hasil siasatan mendapati syarikat tersebut yang dilesenkan di Kuala Lumpur telah melakukan lima kesalahan sebelum ini sejak 2015.
Hussein berkata kesemua pengawal keselamatan tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Senjata 1960 kerana melanggar syarat lesen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000.
Menurutnya siasatan sedang dijalankan ke atas syarikat tersebut dan jika didapati melakukan kesalahan terbabit pihaknya akan menarik lesen yang diberikan.
Beliau turut mengingatkan kepada semua syarikat yang memiliki senjata api untuk mematuhi syarat lesen bagi mengelakkan kejadian seperti samun menggunakan senjata api, pemerasan atau kejadian kehilangan senjata atau dicuri.
"Syarikat keselamatan tidak boleh mengambil mudah dalam aspek keselamatan senjata api seperti tidak membuka cawangan di kawasan tempat bertugas dan tidak membina bilik kebal senjata api hanya kerana untuk menjimatkan kos," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (tengah) menunjukkan sebelas laras senjata api atas kejayaan tangkapan dan rampasan senjata api pengawal keselamatan bersenjata api di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor. - Foto BERNAMA

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

11 pengawal keselamatan bank ditahan simpan senjata api di rumah
Polis menahan 11 pengawal keselamatan bank di sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada 6 dan 7 Feb lepas kerana melanggar syarat lesen iaitu menyimpan senjata api di rumah.