ALOR SETAR: 11 lokaliti di daerah Kota Setar dikenal pasti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah tempat pembiakan nyamuk Culex Tritaenioryhncus dan Culex Sitiens yang berpotensi menyebarkan virus Japanese Encephalitis (JE).
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo berkata penemuan itu adalah hasil kajian entomologi pencapaian aktiviti kawalan yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar dan JKN Kedah sejak 25 November lalu sehingga Khamis (semalam) bagi mengekang penyebaran virus berkenaan.
“Menerusi pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terbabit, seramai 674 daripada 2,926 orang atau 23 peratus penduduk di kedua-dua lokaliti sudah disaring dan didapati tiada penduduk yang bergejala.
"Sehingga semalam hari kelapan wabak, kes JE kekal dua kes.
“Dalam usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, sebanyak 291 atau 70.6 peratus daripada premis dalam 400 meter radius dari rumah pesakit sudah diperiksa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Othman memaklumkan, semasa pemeriksaan, 14 bekas pembiakan nyamuk ditemui dan sebanyak 672 ml Abate 500E BTI digunakan untuk aktiviti 'larvasiding' (iaitu penggunaan secara berkala bahan untuk membunuh jentik-jentik).
Jelasnya, semburan ruang termal telah dilakukan pada 25 dan 26 November lalu membabitkan 412 premis iaitu 100 peratus.
Manakala semburan ruang ULV turut dilakukan pada 25 dan 27 November lalu membabitkan 912 premis.
Ahad lalu, JKN Kedah mengisytiharkan wabak JE di Kota Setar selepas mengesan dua kes pada November.
Dua kematian baharu yang dilaporkan di Kota Setar adalah pada 18 dan 25 November lalu iaitu di Jalan Pegawai dan Jalan Tanjung Bendahara, yang mana mangsa adalah golongan dewasa.
Mengulas lanjut, Dr Othman, berkata siasatan mendapati, tiada ladang penternakan khinzir berdaftar atau tidak berdaftar di sekitar lokaliti wabak.
Katanya, tinjauan menggunakan dron di sepanjang sungai berdekatan dengan lokaliti wabak juga tidak menemui sebarang lokasi berisiko kecuali kehadiran burung hijrah di kawasan bendang.
"Di samping itu, tiada aduan penduduk tentang kehadiran khinzir liar atau babi hutan di sekitar kedua-dua lokasi kediaman pesakit.
"Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan PKD Kota Setar juga sudah mengenalpasti lokasi untuk penangkapan burung hijrah bagi ujian PCR virus JE," ujarnya.
Dr Othman, berkata antara tindakan lain yang diambil pihaknya adalah mengedarkan risalah promosi kesihatan kepada semua penduduk yang tidak dapat ditemui dan hebahan pendidikan kesihatan menerusi kumpulan WhatsApp penduduk.
"Penduduk dinasihatkan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda demam, sakit kepala dan muntah.
"Untuk mencegah penularan penyakit JE, jabatan ini menyeru seluruh masyarakat di Kota Setar melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan gigitan nyamuk menggunakan repelan dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah apabila berada di luar rumah.
"Membuat semburan dalam rumah menggunakan semburan aerosol sekitar jam 10 malam bagi membunuh nyamuk dewasa selain membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman dan premis masing-masing," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 03 2021
![11 lokasi di Kota Setar dikenal pasti tempat pembiakan virus JE 11 lokasi di Kota Setar dikenal pasti tempat pembiakan virus JE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41593444036_Nyamuk.jpg)
Sehingga semalam hari kelapan wabak, kes JE kekal dua kes. - Gambar hiasan
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![11 lokasi di Kota Setar dikenal pasti tempat pembiakan virus JE 11 lokasi di Kota Setar dikenal pasti tempat pembiakan virus JE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41593444036_Nyamuk.jpg)
11 lokasi di Kota Setar dikenal pasti tempat pembiakan virus JE
Seramai 674 daripada 2,926 orang atau 23 peratus penduduk di kedua-dua lokaliti sudah disaring.
![3 kematian, jangkitan JE di Kedah tidak membimbangkan - Exco 3 kematian, jangkitan JE di Kedah tidak membimbangkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638274275_DatukDrMohdHayati.jpg)
3 kematian, jangkitan JE di Kedah tidak membimbangkan - Exco
Kes jangkitan 'Japanese Encephalitis' (JE) di Kedah tidak membimbangkan walaupun mencatatkan tiga kematian sejak awal tahun ini, kata Exco Kesihatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
![Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635307002_PengarahKesihatanN.jpg)
Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar.
![Satu kes JE dikesan di Pontian Satu kes JE dikesan di Pontian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593444036_Nyamuk.jpg)
Satu kes JE dikesan di Pontian
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian, Johor menerima laporan satu kes Japanese Encephalitis (JE) melibatkan seorang lelaki warga Bangladesh di daerah itu, pada Rabu, 24 Jun lepas.
![Dua kanak-kanak mangsa JE dikesan di Pulau Pinang Dua kanak-kanak mangsa JE dikesan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533568826_KOMTAR.jpg)
Dua kanak-kanak mangsa JE dikesan di Pulau Pinang
Kedua-dua kanak-kanak itu menerima rawatan sejak Isnin lalu namun seorang daripadanya telah dibenarkan pulang.
![Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589269741_penyakit.jpg)
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.
![Situasi JE di Sarawak dipantau rapi Situasi JE di Sarawak dipantau rapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511770217_KPK.jpg)
Situasi JE di Sarawak dipantau rapi
Sebanyak lima kes dilaporkan di Sarawak bagi tempoh Januari sehingga 23 Jun lepas dan kesemua kes yang dilaporkan adalah kes sporadik.
![Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499324039_DSDrSubramaniam.jpg)
Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan
Laporan itu diterima pada Selasa dan Jabatan Kesihatan negeri telah diarahkan supaya bertindak bagi membendung penularan wabak tersebut.
![Kanak-kanak kritikal sah dijangkiti virus JE Kanak-kanak kritikal sah dijangkiti virus JE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51462163298_HospitalTuankuJaafar.jpg)
Kanak-kanak kritikal sah dijangkiti virus JE
Budak lelaki terbabit masih di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
![Kanak-kanak 6 tahun dipercayai dijangkiti virus JE Kanak-kanak 6 tahun dipercayai dijangkiti virus JE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51462163298_HospitalTuankuJaafar.jpg)
Kanak-kanak 6 tahun dipercayai dijangkiti virus JE
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), selepas dipercayai dijangkiti JE.