Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan lokasi terjejas adalah Jalan Rosmerah Utama; Jalan Setia 10, Setia Indah; Jalan Mutiara Emas Utama; Jalan Mohd Amin 7 dan Jalan Setia 11, Setia indah.
"Lokasi lain iaitu Jalan Dato' Sulaiman; Jalan Harmonium 24; Jalan Datin Halimah; Jalan Skudai; Jalan Tampoi dan Kampung Ubi," menurut MBJB dalam satu kenyataan malam ini.
MBJB memaklumkan susulan itu, Skuad Kilatnya telah digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa lubang air tersumbat serta lain-lain bantuan.
Ia turut meminta pengguna jalan raya dan penduduk bandar raya ini untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
Bagaimanapun, hujan sudah berhenti di beberapa lokasi sekitar bandar raya dengan paras air banjir kilat itu mulai surut.
-- BERNAMA