Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 11 individu termasuk tiga beranak kerana terlibat dalam aktiviti kutipan derma atau khairat tanpa kebenaran di dua bazar Ramadan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata tangkapan pertama melibatkan tiga beranak iaitu pasangan suami isteri berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 14 tahun, di kawasan Ayer Keroh kira-kira 10.30 malam, semalam.
Beliau berkata tiga beranak terbabit yang merupakan anggota sebuah yayasan di Seremban, mendakwa kutipan berkenaan bertujuan untuk pembinaan asrama di yayasan tersebut.
"Tangkapan kedua pula melibatkan lapan lelaki berusia 18 hingga 30 tahun yang merupakan pelajar sebuah pusat tahfiz di Batu Gajah, Jasin, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
"Hasil siasatan awal mendapati pusat tahfiz itu pernah mendapatkan permit mengutip derma tetapi telah tamat tempoh. Hasil kutipan kali ini didakwa untuk menampung perbelanjaan pusat tahfiz berkenaan," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka di sini, awal pagi tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua mereka dikeluarkan saman hadir untuk siasatan lanjut oleh JAIM, dan semua lapan tabung kutipan derma berjumlah lebih RM600 itu disita dan akan dimasukkan ke Baitulmal.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 89 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, yang boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih 18 bulan.
Rahimin berkata pihaknya juga menahan tiga lelaki warga Thailand berusia antara 18 dan 30 tahun yang melakukan kutipan derma tanpa kebenaran di sebuah pasar raya di Duyong, semalam.
Beliau berkata semua aktiviti kutipan derma atau khairat di negeri ini perlu mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi mengelak penipuan atau penyalahgunaan hasil kutipan tersebut.
Katanya setiap permit kebenaran kutipan derma mempunyai tempoh ditetapkan bergantung pada jumlah diperlukan untuk membangunkan sesuatu projek di sekolah tahfiz yang memohon itu.
"Kita tidak mahu ada orang ketiga atau sindiket yang meraih keuntungan daripada hasil kutipan derma, dan aktiviti tanpa kebenaran ini boleh mencemarkan imej Islam dan pelajar tahfiz serta imej Melaka," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang ingin menderma disaran berbuat demikian di masjid atau surau di negeri itu, yang menyediakan tabung khas serta kepada institusi berdaftar.
Bernama
Sun Jun 19 2016
Lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan menjadi sasaran pihak tertentu untuk menjalankan aktiviti memungut derma tanpa tujuan yang jelas. - Gambar hiasan
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.