KANGAR: Jumlah rumah rosak akibat dua kejadian ribut yang melanda Perlis pada hari ini dan Jumaat lepas meningkat kepada 107 rumah menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat 8.18 malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata berdasarkan angka yang dikemas kini pihaknya dari semasa ke semasa sebanyak 96 rumah rosak akibat ribut pada hari ini, manakala 11 rumah lagi rosak dalam kejadian Jumaat lepas.
Beliau berkata kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu.
Menurutnya antara kawasan terjejas akibat ribut hari ini ialah kariah Behor Mentaloon, Bunga Emas, Chemumar, Guar Syed Alwi, Mata Air, Orang, Kurung Batang, Sungai Baru, Kampung Belukar, Seberang Tok Pi dan Simpang Salang
"MAIPs akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis untuk turun ke lapangan bagi mengenal pasti keperluan dan agihan bantuan agar ia dapat disalurkan secepat mungkin, insya-Allah," katanya kepada Bernama malam ini.
Difahamkan kejadian ribut pada hari ini berlaku kira-kira 2 pagi tadi, manakala Jumaat lepas berlaku kira-kira 7 pagi.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
![107 rumah rosak akibat ribut di Perlis 107 rumah rosak akibat ribut di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719154565_TBributperlis.jpg)
Kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu. - Facebook / APM Kuala Perlis
![ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824440_MohamadHasan.jpg)
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
![Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738834689_IrIzhamHashim.jpg)
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
![Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
![Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737631701_CharlesAnthonySant.jpg)
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
![Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300 Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736925943_mamdidakwanikahs.jpg)
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
![SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736574960_tbSPRM.jpg)
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
![SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000 SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736334203_rasuahSPRMPerlis.jpg)
SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000
SPRM Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu, termasuk seorang pengurus akaun, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000.
![Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714456434_MOHDSHUKRIRAMLIjp.jpg)
Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
![Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710898699_TBPadangBesarjp.jpg)
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
![Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667651425_MultimediaDatukZah.jpg)
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis
Zahidi berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.
![Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732782484_TBbanjirPerlis.jpg)
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
![KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732344539_KUIPs.jpg)
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.