PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua vaksin COVID-19.
Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, setakat 20 Jun seramai 107,844 orang telah menerima dos penggalak kedua itu di seluruh negara.
"Untuk dos penggalak kedua setakat ini secara keseluruhan 107,844 orang di Malaysia telah menerima dos penggalak kedua, daripada jumlah itu 57,834 orang adalah mereka berusia 60 tahun ke atas.
"Dikategorikan warga emas setakat semalam, kita akan terus menggalakkan warga emas terutamanya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik mendapatkan dos penggalak kedua.
"Setakat ini kita tidak dapat laporan kesan sampingan dos penggalak kedua, dan ia amat digalakkan terutama mereka berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Selasa.
Mengulas lanjut jelas Khairy, meskipun kes COVID-19 di seluruh negara terkawal ketika ini, namun peringatan akan terus diberikan KKM agar masyarakat sentiasa bersedia menghadapi gelombang baharu.
"Walaupun kes COVID-19 terkawal tapi sepertimana saya maklumkan berkali-kali, kes ini akan pasang surut.
"Mungkin dalam dua tiga bulan lagi, kita akan mengalami gelombang baharu sejauh mana gelombang itu, kita tidak pasti," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Jun 21 2022

Khairy mengingatkan agar masyarakat sentiasa bersedia menghadapi gelombang baharu COVID-19. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.

Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19
Indonesia pada Jumaat mula memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan.

Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy
Dijangka berlaku pasang surut kes COVID-19 dan kemungkinan negara ini dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua.

Sangat rendah! Hanya dua individu terima dos penggalak kedua di Sabah sejak dilancar 22 April lalu
Data JKNS memaklumkan hanya dua individu sudah menerima dos penggalak kedua di seluruh Sabah sejak dimulakan 22 April lalu.

Dos penggalak kedua: Warga emas terima pautan tempahan MySejahtera mulai hari ini
Individu berumur 60 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria bagi dos penggalak kedua akan menerima pautan tempahan secara berperingkat bermula hari ini dalam aplikasi MySejahtera.

Sarawak mula beri dos penggalak kedua Jumaat ini - Uggah
Sarawak akan memulakan pemberian dos penggalak kedua kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi bermula 22 April ini.

Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19.

COVID-19: Israel mulakan dos keempat buat warga emas
Israel minggu lalu meluluskan dos penggalak untuk populasi terhad warganya yang mempunyai penyakit kronik.