KUCHING: Seramai 101 kru pelantar minyak Velesto Naga 7 yang tenggelam semalam dibenarkan masuk ke Offshore Transit Centre (OTC) di Miri.
Pejabat Residen Bahagian Miri dalam surat yang bertarikh 3 Mei memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri tidak menghalang kesemua krew untuk masuk ke pusat transit itu.
Ia sebagai respons segera Pejabat Residen Bahagian Miri kepada permohonan yang dikemukakan Ketua Operasi Berkat OSH Services Sdn Bhd, Dr Mohd Khairul Azman Mohd Idros atas kecemasan yang dihadapi.
Menerusi surat yang ditandatangani, Pemangku Residen Bahagian Miri, Melissa Labut bagaimanapun menetapkan agar setiap kru yang masuk perlu dipasang gelang tangan dan diberikan surat arahan kuarantin wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pelabuhan Miri.
BACA: Pelantar minyak Velesto 'Naga 7' tenggelam, 101 krew selamat
Malah syarikat perlu menyediakan kenderaan khas untuk kru dari pelabuhan dan mereka wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di OTC yang ditentukan berikutan kekangan bilik di pusat kuarantin.
Ujian calitan RT-PCR COVID-19 akan dilakukan pada hari kedua dan ke-10 dengan pihak perubatan swasta selain kos akan ditanggung oleh syarikat.
Pada Isnin lalu, sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu.
Kesan daripada kerosakan pada kaki sokongan pelantar itu, pada awalnya ia mengakibatkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.
Kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.
Shafik Ahmad
Tue May 04 2021

Setiap kru yang masuk perlu dipasang gelang tangan dan diberikan surat arahan kuarantin wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pelabuhan Miri.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kaki sokongan terbenam punca Naga 7 tenggelam
Menurut kenyataan Velesto Energy Berhad kepada Bursa Malaysia, pelantar itu tenggelam sepenuhnya pada 4 Mei.

101 kru pelantar minyak Velesto Naga 7 ditempatkan di OTC Miri, wajib kuarantin 14 hari
Seramai 101 kru pelantar minyak Velesto Naga 7 yang tenggelam semalam dibenarkan masuk ke Offshore Transit Centre (OTC) di Miri.

Pelantar minyak Velesto 'Naga 7' tenggelam, 101 kru selamat
Pelantar di perairan Sarawak itu dilaporkan tenggelam susulan berlaku kerosakan pada salah satu kaki sokongan.