Seramai 10 individu termasuk dua warga emas yang sedang leka bermain judi pakau ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Alma Ria, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam serbuan pukul 10.40 malam itu, empat lelaki dan enam wanita berusia 41 hingga 71 tahun ditahan bersama wang tunai sebanyak RM23,751.
"Kesemua mereka termasuk seorang daripadanya pemilik rumah yang juga penganjur judi berkenaan sedang leka bermain judi semasa serbuan itu dan polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan mereka.
"Antara yang dirampas ialah kerusi, 52 keping daun pakau dan wang tunai sebanyak RM23,751 dipercayai duit pertaruhan judi mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kaki judi itu menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi bermain judi sejak beberapa minggu lepas dan bertindak berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.
Nik Ros Azhan berkata mereka yang masing-masing bekerja sebagai pemandu lori, pekerja kilang, kontraktor dan suri rumah itu direman bagi membantu siasatan.
Sementara itu, beliau berkata polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita yang merupakan geng samun bersenjatakan parang dalam serbuan di sebuah motel di Simpang Ampat, dekat sini kira-kira pukul 3 petang, semalam.
Katanya mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar daerah SPT dan Seberang Perai Selatan serta menyasarkan warga asing sebagai mangsa.
"Siasatan awal mendapati mereka yang berusia 18 hingga 23 tahun itu terlibat sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata sejak awal tahun ini.
Kes terbaru membabitkan seorang pekerja kilang warga Bangladesh yang cedera serta kerugian RM600 selepas disamun kumpulan itu di Lorong Perwira Indah, di sini awal pagi semalam," katanya.
Beliau berkata susulan penahanan mereka yang turut positif dadah itu, polis merampas motosikal yang dipercayai digunakan dalam aktiviti samun berkenaan dan pelbagai barangan lain antaranya telefon bimbit, jam tangan, wang tunai dan sebilah parang.
"Dua lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan seorang daripadanya dikehendaki polis bersangkut kes mengurung mangsa secara salah. Ketiga-tiga mereka kini direman bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2017

Seramai 10 individu termasuk dua warga emas yang sedang leka bermain judi pakau ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Alma Ria. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tiada duit nak kahwin, juruteknik buat laporan palsu disamun
Lelaki berumur 45 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dia disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 10.30 malam ketika melalui sebuah kilang percetakan.

Wanita 'marah-marah' baling asid ke arah polis, anak saudara
Seorang wanita yang merupakan anak saudara suspek telah menghubungi polis memaklumkan ibu saudaranya berusia 51 tahun itu dalam keadaan marah sebelum dia menjadi agresif.

Treler rempuh pondok tol, jurutol nyaris maut
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Khamis, jurutol berusia 30-an itu berada di dalam pondok tambah nilai tersebut dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan trauma.

Dua lelaki miliki senapang angin ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menyerbu stor pada jam 12.30 tengah hari Ahad dan menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun.

Insiden Jambatan P. Pinang: Polis rekod keterangan lapan individu
Mereka yang telah direkodkan keterangan itu membabitkan rakan-rakan mangsa yang hadir pada sambutan hari jadi berkenaan.

Berang tak dapat TV, remaja pukul ayah sendiri dengan kayu hoki
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa berusia 54 tahun cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Guru tuisyen wanita cedera dalam cubaan samun
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya balik dari pusat membeli-belah, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Lelaki Vietnam ditahan ugut mahu bunuh pekerja Nepal jika pergi kerja
Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki Vietnam berusia 26 tahun itu ditahan di asrama kilang berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang selepas empat pekerja Nepal berkenaan membuat laporan polis.

Lelaki pecah masuk kedai ditahan pemiliknya
Berdasarkan siasatan polis, suspek merupakan penagih dadah serta mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

98 rumah di daerah Seberang Perai Tengah dinaiki air
Kawasan yang dilanda banjir itu adalah berpunca daripada hujan lebat, angin kencang berserta ribut petir bermula 11.30 malam sehingga 3 pagi tadi dengan keadaan air pasang setinggi 2.4 meter.