Astro AWANI mengumpul beberapa petikan ucapan para pemimpin dunia yang dilihat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mengekang wabak itu.
Pada masa sama, mereka mengetepikan sementara permainan dan percaturan politik yang mungkin boleh menjejaskan usaha itu.
"Kita melalui perkara ini bersama, kemanusiaan jadi kebersamaan, menyatukan cabaran untuk mengatasi wabak ini. Ini kepentingan bersama kita, membuka semula ekonomi dan kehidupan sosial kita."
Ursula von der Leyen
Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah
"Saya berjanji, kami akan lakukan yang termampu untuk melindungi kesihatan rakyat, mempersiapkan perkhidmatan kesihatan dan melindungi ekonomi, perniagaan dan kehidupan rakyat. Dengan sokongan semua parti, Oireachtas telah meluluskan peruntukan kecemasan."
Leo Eric Varadkar
Menteri di Ireland
"Rakyat perlu miliki kehidupan bermakna dan menyenangkan, mereka boleh bekerja dan menyara keluarga. Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi anda. Tiada siapa yang boleh melakukan ini seorang diri."
Jacinda Ardern
Perdana Menteri New Zealand
Perdana Menteri New Zealand
"Apa yang menjadikan Singapura lain daripada negara lain adalah kita saling percaya satu sama lain, kita percaya yang kita lalui ini bersama, tiada yang terpinggir. This is SG United, we are SG United."
Lee Hsien Loong
Perdana Menteri Singapura
"Saya melihat, pandemik ini tidak dapat diperangi dengan pembohongan dan maklumat yang salah, dan tidak juga dengan kebencian dan pergolakan."
Angela Merkel
Canselor Jerman
"Risiko jangkitan dalam komuniti sangat tinggi, ia memerlukan keazaman, solidariti dan tanggungjawab daripada sistem politik untuk memastikan pendekatan yang kukuh dan bersungguh dilaksana dalam dua minggu ini."
Nguyen Xuan Phuc
Perdana Menteri Vietnam
"Kita mesti mengetepikan perbezaan dan bekerjasama demi kebaikan rakyat. Usaha menentang COVID-19 ini memerlukan usaha bersama setiap warga dunia."
Tsai Ing-wen
Presiden Taiwan
Presiden Taiwan
"Jelas sekali, kami merupakan kerajaan minoriti, ia (pilihan raya) mungkin berlaku. Keutamaan kita sebagai kerajaan adalah untuk membantu rakyat melalui pandemik ini, kami tiada hasrat untuk laksanakan pilihan raya."
Justin Trudeau
Perdana Menteri Kanada
"Kerja kami sebagai ahli politik adalah untuk meletakkan diri di hadapan dan mengambil tanggungjawab sewajarnya. Semua parti di Parlimen telah mengambil langkah sama."
Mette Frederiksen
Perdana Menteri Denmark
"Tiada tugasan yang mustahil, tiada jalan yang sukar, sekiranya keazaman kita utuh. Kita perlu komited dan terus berdikari, teguhkan lima teras pembangunan India - ekonomi, infrastruktur, teknologi, demografi dan keperluan."
Narendra Modi
Perdana Menteri India
Perdana Menteri India