KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit pada Isnin, seiring dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen global terjejas oleh kebimbangan terhadap cadangan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China oleh Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh kebimbangan terhadap bekalan getah di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama ketika para peniaga menunggu pengumuman data inflasi AS yang akan mempengaruhi kenaikan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata agensi meteorologi Thailand memberi amaran ramalan hujan sangat lebat yang boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat dari 24 hingga 26 Jun ini.
Selain itu beliau juga berkata China dan EU sedang berunding mengenai cadangan pelaksanaan tarif ke atas EV buatan China yang diimport ke pasaran Eropah.
"Pengesahan itu dibuat selepas Kementerian Perdagangan China bersetuju untuk memulakan rundingan berhubung siasatan anti-subsidi EU ke atas EV China," katanya.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun 1.5 sen kepada 794.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan lima sen kepada 762 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 794 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 757.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 794 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 757.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

3 fakta pasaran saham pasca cuti Tahun Baru Cina
IQI Group: Pasaran Asia, Amerika dan Eropah menyaksikan kemerosotan sejak kebelakangan ini.