Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 10 pegawai Imigresen Sarawak atas dakwaan rasuah untuk mengelakkan tindakan diambil ke atas warga asing tanpa dokumen perjalanan (PATI) dan permit kerja yang sah di Sarawak.
Dalam operasi yang dilancarkan sejak semalam, enam daripada yang ditahan ialah pegawai wanita.
Kesemua suspek ditangkap di beberapa lokasi yang berlainan termasuk Pejabat Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Kuching, Pejabat Imigresen Pending dan Pusat Tahanan Depot Semuja, Serian antara jam 1.30pm dan 4.30pm.
Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan ditahan berhubung kes tersebut.
Tambah beliau, suspek yang berusia antara 33 dan 53 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kuching untuk direman pada Khamis.
“Kemasukan pekerja asing secara haram itu bukan sahaja boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negeri ini,” ujarnya lagi.
Dalam siri tangkapan di negeri Bumi Kenyalang sejak bulan lalu, beberapa pegawai polis, pengusaha syarikat dan warga asing tanpa izin dicekup.
Difahamkan, penguatkuasa yang diamanahkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sebaliknya telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka dengan mengutip wang rasuah bagi melindungi pendatang-pendatang tanpa izin.
Kesemua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM5,000 bagi melindungi pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit perkerjaan yang sah.
SPRM juga telah merampas wang tunai kira-kira RM10,000 daripada salah seorang suspek yang ditahan.
Tangkapan tersebut susulan daripada beberapa operasi yang dilancarkan SPRM di Sarawak sejak bulan lalu.
Dalam siri tangkapan di negeri Bumi Kenyalang itu, antara yang ditahan termasuk pegawai polis, pengusaha syarikat dan warga asing tanpa izin dicekup.
Astro Awani
Wed Mar 15 2017
![10 pegawai imigresen ditahan ambil rasuah lindungi PATI 10 pegawai imigresen ditahan ambil rasuah lindungi PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489574826_SPRMpegawaikerajaan.jpg)
Kesemua suspek ditahan akan didakwa di Mahkamah Kuching esok - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Abang Johari dakwa ada usaha mansuhkan hak Imigresen Sarawak Abang Johari dakwa ada usaha mansuhkan hak Imigresen Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527173520_AmarAbangJohariTu.jpg)
Abang Johari dakwa ada usaha mansuhkan hak Imigresen Sarawak
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mendakwa wujudnya usaha yang mahukan hak Imigresen Sarawak dimansuhkan.
!['Hak imigresen' melarang individu masuk Sarawak 'Hak imigresen' melarang individu masuk Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535425491_AbdulKarimRahmanH.jpg)
'Hak imigresen' melarang individu masuk Sarawak
Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak.
![11 pegawai dan anggota Imigresen Sarawak direman kes rasuah 11 pegawai dan anggota Imigresen Sarawak direman kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474289667_SPRM.jpg)
11 pegawai dan anggota Imigresen Sarawak direman kes rasuah
Sebelas pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan rasuah.