PUTRAJAYA: Sepuluh lokaliti baharu untuk pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dicadangkan bagi menangani isu nyamuk denggi dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, usaha berkenaan yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi pada Isnin, memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.
Katanya, sejak 2019, pelepasan nyamuk itu dilaksanakan di 32 lokaliti membabitkan tujuh negeri, dan usaha itu telah menunjukkan keberkesanan ketara.
"Penilaian keberkesanan menunjukkan kes denggi menurun 45 peratus hingga 100 peratus berbanding sebelum pelepasan (nyamuk Aedes berWolbacha)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi, di sini, pada Isnin.
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad kepada media selepas mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata, perbincangan mengenai lokaliti bagi pelepasan nyamuk berkenaan sedang diperincikan dengan pihak tertentu terutamanya kerajaan-kerajaan negeri.
Beliau berkata, Jawatankuasa Kabinet itu juga mencadangkan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menjadikan pelepasan nyamuk berkenaan sebagai Projek Angkat PBT.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga akan meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan 'task force' bersama syarikat bukan kerajaan (GLC) bagi menangani isu itu.
Beliau berkata, satu kertas Memorandum Jemaah Menteri akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Mengenai perkembangan kes denggi di negara ini, Ahmad Zahid berkata 123,133 kes dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 66,102 kes pada tahun 2022, meningkat 86.3 peratus.
"Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi adalah 100 kes dilaporkan pada tahun lepas berbanding 56 kematian pada 2022," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Ahmad Zahid berkata, usaha berkenaan yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi pada Isnin, memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya. - Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
10 lokaliti tambahan bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia tangani isu denggi
Usaha yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.