Sebanyak 10,500 unit rumah mampu milik akan dibina di Bandar Baru Setia Awan Perdana di Manjung, di sini, dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pembangunan yang telah bermula pada 2016 itu merupakan projek rumah mampu milik terbesar di Perak, selain menawarkan kemudahan bertaraf lima bintang seperti rumah kelab, pejabat kerajaan serta taman tasik tropikal.
Katanya projek yang diterajui Taraf Nusantara Sdn Bhd dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu, akan menjadi satu permulaan bagi perbandaran mampu milik.
"Beruntung sekali para pembeli awal projek ini, kerana ditawarkan rumah mampu milik pada harga serendah RM135,000 sahaja pada tahun 2016, untuk tahun ini, mereka yang berminat boleh memiliki kediaman pada harga RM178,000.
"Jika dibandingkan dengan kemudahan-kemudahan bertaraf lima bintang yang ditawarkan, saya percaya harga itu masih sangat-sangat berbaloi, apatah lagi projek ini terletak di tengah-tengah bandar," katanya ketika berucap merasmikan perakuan siap dan pematuhan (CCC) Bandar Baru Setia Awan Perdana (Fasa 1) dan menyampaikan kunci kepada 50 pembeli terawal di sini, hari ini.
Projek Bandar Baru Setia Awan itu meliputi tiga fasa melibatkan kawasan seluas 2,428 hektar.
Fasa pertama melibatkan 1,147 unit rumah telah siap dibina dan fasa seterusnya akan disiapkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun, dan kesemua rumah mampu milik ini akan dijual bawah RM200,000.
Menyentuh masalah lalat di Manjung dan Sitiawan, Ahmad Faizal berkata masalah itu gagal diselesaikan oleh pentadbiran terdahulu, namun dengan iltizam kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan serta sokongan semua pihak, beliau optimis isu tersebut dapat diselesaikan.
"Kita tahu puncanya dan kita perlu berjumpa dengan penternak ayam di sekitar kawasan-kawasan ini, dan mencari jalan penyelesaian bagaimana nak adakan reban ayam tertutup. Kita dapati sistem penternakan ayam moden dapat selesaikan masalah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019

Kata Ahmad Faizal Azumu, projek yang diterajui Taraf Nusantara Sdn Bhd dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu, akan menjadi satu permulaan bagi perbandaran mampu milik. -foto BERNAMA
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
![[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan [KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741733462_KakitanganPlazaTol.jpg)
[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan
Setakat Mei tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan SPT.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.