Urusan pentadbiran sekolah akan diambil alih oleh pembantu pentadbiran secara berperingkat bagi mengurangkan bebanan tugas guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata sekurang-kurangnya seorang pembantu pentadbiran akan ditempatkan di setiap daripada 10,000 buah sekolah di negara ini secara berperingkat.
"Kita sudah putuskan 10,000 petugas dihantar secara berperingkat supaya beban guru dapat diserahkan kepada petugas baharu ini bagi menguruskan hal berkaitan pentadbiran.
"Soal pengajaran dan pembelajaran itu masih tanggungjawab guru," katanya dalam rancangan 'Soal Jawab' terbitan TV3 malam tadi.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata langkah bagi mengurangkan bebanan guru itu terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan dilancarkan Jumaat ini.
Beliau berkata pelan itu adalah hasil gabungan pandangan dari semua kelompok termasuk pelajar, pihak berkepentingan dan kumpulan ekstrim bagi memastikan ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju.
"Ini semua terhasil dari kehendak masyarakat dan pakar-pakar pendidikan baik di dalam mahupun di luar negara iaitu dari Korea Selatan, Singapura dan Kanada yang kita jemput untuk berikan pandangan," katanya.
Muhyiddin berkata ada sesetengah pihak yang kurang bersetuju dengan beberapa perkara yang terkandung di dalam pelan itu, tetapi setelah diberikan penjelasan mereka akur dan menyokong pelaksanaan PPPM.
"Dua hari lepas saya ada berjumpa dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), mereka bertanyakan apakah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) ada lagi lepas pelaksanaan pelan ini, saya jawab ya ada.
"Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pula kata kami nak hapuskan Bahasa Cina, saya kata mana ada di dalam laporan itu yang menyatakan sedemikian," katanya.
Mengenai tuntutan Dong Zong yang tidak mahu menambah waktu pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC kerana khuatir pembelajaran bahasa Cina akan terhapus, Muhyiddin berkata bahasa ibunda mereka itu tidak akan terhapus kerana hasrat kerajaan adalah untuk merapatkan jurang penguasaan Bahasa Melayu di antara pelajar Cina di SJKC dengan pelajar Cina yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
"Kita hendak rapatkan jurang sebab itu ditambah waktu, kita cadangkan supaya buat jadual waktu yang sesuai untuk menampung kekurangan dan kelemahan mereka, mereka boleh gunakan kelas peralihan untuk perbaiki penguasaan Bahasa Melayu.
"Kelompok ini bukannya menentang dan tidak bersetuju dengan PPPM, ada beberapa perkara yang tidak jelas dan mereka fikir kita abaikan tetapi sebenarnya tidak," katanya.
Beliau berkata walaupun 'ribut dan taufan' pelan itu akan dilaksanakan kerana ia adalah hak rakyat dan untuk kebaikan mereka.
"Kita hendak pastikan apa yang telah dirancang jangan ada penghalang ataupun gangguan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah menyatakan sokongan 100 peratus dengan PPPM dan sudah dimulakan dengan peruntukan-peruntukan khas tambahan," katanya.
Muhyiddin berkata beliau akan menyediakan laporan tahunan untuk mengetahui sejauh mana pencapaian pelan itu dalam pelaksanaannya bagi tempoh setahun.
"Kita mahu ketelusan, supaya rakyat tahu apa kemajuan dan kekurangan kita, apa yang saya harapkan dari pelan ini ialah supaya pelajar terdidik dengan ilmu menerusi sistem yang berkualiti serta pembentukan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang dapat memberikan bantuan kepada proses pembangunan negara," katanya.
Muhyiddin berkata menerusi pelan itu juga, peranan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan diperkukuhkan kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak mereka.
"Peranan ibu bapa dalam pelan ini diiktiraf, baru-baru ini kita lancarkan Sarana iaitu toolkit panduan bagaimana ibu bapa boleh memberikan sumbangan dalam membantu sekolah dan anak mereka dalam pembelajaran," katanya.
Beliau berkata kementerian juga akan mengadakan latihan dan kursus kepada PIBG supaya ibu bapa tidak melepaskan sepenuhnya proses mendidik anak mereka kepada guru di sekolah.
Beliau berkata menerusi sistem Bestari Net iaitu sistem internet yang sudahpun diaplikasikan di sekolah-sekolah, ibu bapa juga boleh mengakses internet untuk mengetahui pencapaian anak mereka dalam semua mata pelajaran.
Bernama
Thu Sep 05 2013
![10,000 petugas akan ambil alih urusan pentadbiran di sekolah - Muhyiddin 10,000 petugas akan ambil alih urusan pentadbiran di sekolah - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51360282309_295x200.jpg)
Gambar Arkib
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674095903_ZafrulAziz.jpg)
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
![MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649916586_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
![Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat - Muhyiddin Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629099086_TBmuhyiddin.jpg)
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
![Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/81569620930_PBBUnitedNations.jpg)
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
![Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616644699_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
![Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606546886_TBTSMUHYIDDIN.jpg)
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
![Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597066355_PerdanaMenteri.jpg)
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
![ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605349315_KemuncakASEAN.jpg)
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
![Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603626743_AnnuarMusaMenteri.jpg)
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
!['Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar' 'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602506459_AnwarIbrahim.jpg)
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.