Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak telah menghantar bekalan diesel dan petrol ke Bario semalam bagi mengatasi masalah kekurangan bahan itu di kawasan berkenaan.
Pengarahnya Datuk Stanley Tan berkata sebanyak 10,000 liter diesel dan 3,000 liter petrol telah dihantar ke kawasan itu.
"Penghantaran kedua akan dilakukan esok (Isnin) dan akan sampai (di sana) pada Selasa kerana jalan yang kurang baik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kali terakhir penghantaran ke kawasan tanah tinggi itu dibuat ialah pada 5 Dis lalu.
Jumaat lepas, sebuah akhbar melaporkan berlaku kekurangan diesel serta petrol yang kritikal di Bario sehingga menyukarkan kehidupan harian penduduk di sana.
Mengulas perkara itu Tan berkata masalah kekurangan bekalan tersebut berpunca daripada program penyeragaman harga yang bermula awal tahun ini.
Menerusi program penyeragaman harga, kerajaan membayar kos pengangkutan supaya harga di pedalaman sama dengan harga di bandar, katanya.
"Diharapkan dengan bermulanya program penyeragaman harga ini yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan di Bario," kata Tan.
Bario, satu kawasan pedalaman di utara Sarawak, hanya boleh dihubungi menggunakan pesawat kecil atau dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak yang mengambil masa sehingga 12 jam dari Miri.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017

Masalah kekurangan bekalan tersebut berpunca daripada program penyeragaman harga yang bermula awal tahun ini. - Foto Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pos Kawalan Imigresen Pangalungan dan Bario keluarkan pas lintas sempadan
Sebelum ini penduduk terpaksa mengembara melebihi 100km menaiki bot atau kenderaan pacuan empat roda untuk mendapatkan dokumen itu.

Kerajaan Sarawak akan bincang dengan MASwings isu kenaikan harga tiket ke Bario
Syarikat penerbangan itu diminta tidak terburu-buru menaikkan tambang sehingga tiga kali ganda tanpa mengira kesannya.

10,000 liter diesel, 3,000 liter petrol dihantar atasi masalah bekalan di Bario
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak telah menghantar bekalan diesel dan petrol ke Bario semalam.