KUALA LUMPUR:Kompleks beli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya dibenarkan beroperasi semula esok (17 Oktober).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan tersebut setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dengan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang telah diambil oleh pihak pengurusan Kompleks serta atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju membenarkan kompleks 1 Utama kembali beroperasi semula bermula 17 Oktober 2020,” katanya pada sidang media secara maya pada Jumaat.
Beliau berkata, kompleks beli-belah tersebut diarahkan tutup pada 11 Oktober bagi tujuan saringan COVID-19 kepada semua pekerja dan melakukan aktiviti pembasmian kuman.
“Sehingga 15 Oktober 2020 seramai 6,000 termasuk pekerja, penyewa dan petugas serta 110 pengunjung di kompleks 1 Utama telah disaring KKM.
“Mereka yang didapati positif telah dihantar ke hospital untuk rawatan, kontak tidak bergejala pula telah dikuarantin selama 14 hari manakala yang bergejala telah diarahkan untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.
Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 481 individu pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
“Daripada jumlah itu, seramai 470 individu dikompaun, 10 individu lagi direman dan satu dijamin,” katanya.
Beliau berkata, kesalahan tidak memakai pelitup muka masih mencatatkan angka tertinggi iaitu 208 diikuti gagal menjaga penjarakan fizikal (145), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (82) dan membawa penumpang berlebihan dalam satu kenderaan (27).
Ia juga termasuk langgar syarat/perintah PKPB (10), premis beroperasi lebih masa (enam), tangkapan pendatang asing tanpa izin (dua) dan aktiviti di pusat hiburan tanpa lessen (satu).
Menerusi Operasi Benteng yang dijalankan pula, beliau berkata, seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong ditahan.
Katanya lagi, enam kenderaan darat juga telah dirampas pihak berkuasa.
Isabelle Leong
Fri Oct 16 2020
![1 Utama dibenarkan kembali beroperasi esok 1 Utama dibenarkan kembali beroperasi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602690468_Utama.jpg)
Pada 11 Oktober, kompleks beli 1 Utama diarahkan tutup bagi tujuan saringan COVID-19 kepada semua pekerja dan melakukan aktiviti pembasmian kuman.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis sahkan insiden wanita maut di 1 Utama, saksi diminta tampil bantu siasatan Polis sahkan insiden wanita maut di 1 Utama, saksi diminta tampil bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602690304_ONEUTAMA.jpg)
Polis sahkan insiden wanita maut di 1 Utama, saksi diminta tampil bantu siasatan
Mayat wanita tersebut telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
![Wanita maut, jatuh dari tingkat empat pusat beli-belah 1 Utama Wanita maut, jatuh dari tingkat empat pusat beli-belah 1 Utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602690468_Utama.jpg)
Wanita maut, jatuh dari tingkat empat pusat beli-belah 1 Utama
Kes itu dikendalikan oleh pasukan tindak kecemasan pusat beli-belah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
![1 Utama dibenarkan kembali beroperasi esok 1 Utama dibenarkan kembali beroperasi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602690468_Utama.jpg)
1 Utama dibenarkan kembali beroperasi esok
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara membuat keputusan tersebut setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
![PKPB di Kampung Padang Che Mas, ini lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan PKPB di Kampung Padang Che Mas, ini lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602837482_ismailsabri.jpg)
PKPB di Kampung Padang Che Mas, ini lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat (16 Oktober 2020).
![Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19 Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602134700_parkson.jpg)
Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19
Seorang perunding kecantikan yang bertugas di One Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.