SELEPAS beberapa bulan 'diserang' COVID-19 sejak awal 2020, tanggal 1 Julai tahun lalu menyaksikan Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19.
Lebih menggembirakan, satu kes tersebut adalah kes import, bermakna Malaysia merekodkan sifar penularan tempatan pada tarikh tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (sekarang Tan Sri) dilaporkan berkata, kes tunggal yang dilaporkan itu adalah pesakit mendapat jangkitan di luar negara.
Menurutnya, angka itu sekali gus membawa maksud bahawa buat kali pertama juga tiada kes penularan dalam negara dilaporkan.
“Sehingga 1 Julai 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat satu kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes.
“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 144 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini,” katanya ketika sidang media harian di Putrajaya, pada 1 Julai tahun lalu.
BACA: Hanya satu kes baharu, sifar penularan tempatan
Selepas sidang media berkenaan, Dr Noor Hisham dan beberapa pegawai lain memegang kad tertera nombor ‘1’ dan ‘0’, simbolik menggambarkan kegembiraan mereka dan rakyat Malaysia melihat jumlah kes itu.
Namun, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika ramai menyangka kes akan semakin menurun dan menghilang, keadaan sebaliknya berlaku.
Entah di mana silapnya - mungkin ramai pun sudah tahu dari mana datangnya, namun berat untuk mengaku - kes COVID-19 di Malaysia terus merekodkan jumlah membimbangkan.
Genap setahun, hari ini Malaysia merekodkan sebanyak 6,988 kes, perbezaan yang amat besar yang tidak dijangka atau dibayangkan oleh kebanyakan rakyat. Malah, memburukkan keadaan, ia bukanlah rekod kes harian tertinggi.
Pada 22 Mei lepas, kes positif COVID-19 di Malaysia secara rasminya sudah melepasi angka setengah juta dan kini, semakin menghampiri sejuta kes.
BACA: Lima perkara penting kenyataan media KKM 30 Jun
Imbas kembali, tahun lalu, bagi mengawal keadaan, negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 dan kes dapat diturunkan dengan drastik menandakan kaedah itu berjaya.
Kini, bermula separuh kedua 2021, negara masih lagi dalam PKP namun kini dikenali sebagai Pelan Pemulihan Negara (PPN), jumlah kes nampaknya masih empat angka.
Kalau dilihat dalam media sosial, ramai mengeluh, antaranya tidak berjumpa ibu dan bapa lebih enam bulan, malah ada yang lebih dari itu.
Hanya terperap di daerah atau negeri sendiri, tidak dibenarkan merentas sempadan sudah lama, namun harapan untuk keputusan lebih positif tampak semakin samar.
BACA: 887 kluster tempat kerja dari Januari hingga Jun 2021
Masakan tidak, yang jelas kelihatan pada mata ramai bilangan kes positif COVID-19 masih tinggi.
Tanggal 1 Julai 2020 kini hanya tinggal kenangan buat kita kerana pada tarikh sama pada tahun ini, keadaannya jauh berbeza.
Apa bezanya? 6,997 kes baharu perbezaannya.
Kalau dulu kita hampir menang tapi sekarang kita kelihatan semakin jauh. Namun, untuk berputus asa bukanlah pilihan bagi rakyat Malaysia. Usaha harus diteruskan, barisan hadapan masih bertahan, yakinlah kita masih boleh menang.
Harapan semua, menjelang 1 Julai 2022 semua yang dihadapi ketika ini biarlah tinggal sejarah dan kenangan. Semoga ketika itu kita sudah bebas daripada pelbagai sekatan sekali gus mengatasi COVID-19.
Ridauddin Daud
Thu Jul 01 2021
Pada 1 Julai 2020, Dr Noor Hisham dan pegawai lain memegang kad tertera nombor 1 dan 0, simbolik menggambarkan kegembiraan rakyat Malaysia melihat jumlah kes itu. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
1 Julai 2020, Malaysia hampir menang tapi genap setahun hari ini, kita masih berperang
Tanggal 1 Julai tahun lalu menyaksikan Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19.