Seramai 1,619 individu telah diambil sampel bagi pengesanan jangkitan penyakit COVID-19 setakat hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kesemua mereka terdiri daripada pesakit dalam siasatan (PUI), kontak rapat kepada kes positif COVID-19, individu yang tiba melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan kapal persiaran.
"Daripada 1,619 individu yang diperiksa hanya 1.5 peratus atau 25 kes positif jangkitan dikesan setakat ini," katanya pada sidang media COVID-19 di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
Malaysia juga sedang memantau perkembangan kes COVID-19 di dua bandar raya di Jepun iaitu Tokyo dan Sapporo, katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata tiada kes baharu dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes kekal sebanyak 25.
Daripada jumlah itu, 22 individu telah pulih sepenuhnya manakala tiga individu yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil.
Menurut beliau, wanita tempatan yang merupakan kes ke-23 dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kes ke-24 melibatkan wanita warganegara Jepun pula sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala kes ke-25 lelaki warganegara Itali kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pihaknya akan terus melakukan pengesanan kontak rapat ketiga-tiga kes berkenaan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"Bagi kes ke-24, lebih 60 kontak telah dikesan, bagi kes ke-23 kontak adalah keluarga setakat ini tak ada yang positif, kita kesan juga rakan-rakan...kita akan terus kesan kontak rapat mereka," katanya.
Kata beliau, semua 22 pesakit yang telah sembuh diberikan kaunseling sebelum mereka didiscaj dari wad. Sesi itu antaranya melibatkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri supaya tidak dijangkiti semula.
Mengulas mengenai 66 warganegara Malaysia dan ahli keluarga bukan warganegara dibawa balik dari Wuhan, China pada 25 Feb lepas, beliau berkata kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.
Beliau berkata, saringan kesihatan melalui ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan mendapati semua negatif dan kesemua mereka akan terus berada di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi bagi tujuan pemantauan kesihatan selama 14 hari bermula dari 26 Feb sehingga 11 Mac ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pengamal perubatan di semua peringkat fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta agar langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi sentiasa berada di tahap yang optimum setiap masa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020
Daripada 1,619 individu yang diperiksa hanya 1.5 peratus atau 25 kes positif jangkitan dikesan setakat ini, jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Facebook @Noor Hisham Abdullah
Kumpulan fokus tumpu enam bidang tambah baik CPI Malaysia - Azam Baki
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste