KUALA LUMPUR: Seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad.
Beliau berkata antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan.
Azri berkata mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Selain itu, terdapat juga 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terlibat kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84) dan syariah (48).
"Oleh itu, bagi memperkasakan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami akan memberi fokus kepada enam elemen pada tahun ini iaitu memperkasakan tadbir urus/kepolisan, pengurusan aduan, risikan/operasi, siasatan, pematuhan serta agama dan kaunseling," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya elemen tadbir urus/kepolisan am melibatkan sudut perlakuan menerusi kursus, latihan dalam perkhidmatan dan program ilmiah berterusan kepada warga PDRM manakala elemen pengurusan aduan pula adalah mempromosi kewujudan e-SPA (Sistem Pengurusan Aduan) kepada orang awam serta warga PDRM.
Selain itu, elemen risikan/operasi pula mempertingkatkan integriti dalam kalangan warga PDRM dengan menangani penglibatan warga PDRM terhadap penyalahgunaan dadah dan ketum selain serbuan mengejut terhadap petugas barisan hadapan di lapangan bagi mencegah isu pemerasan di sekatan jalan raya dan lain-lain.
Azri berkata bagi elemen siasatan, JIPS mempertingkatkan kualiti dalam siasatan pegawai dan anggota polis dengan menjalankan siasatan secara menyeluruh serta terperinci supaya mereka yang terlibat dengan salah laku akan diadili sewajarnya berdasarkan fakta serta pembuktian.
"Bagi elemen pematuhan, kami mengambil pendekatan pencegahan dengan mempertingkatkan pemeriksaan pematuhan untuk menutup ruang dan peluang berlakunya salah laku serta penyelewengan dalam kalangan pegawai dan anggota polis," katanya.
Beliau berkata menerusi elemen agama dan kaunseling, integriti warga kerja PDRM akan diperkasa secara inklusif dengan menekankan aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan melalui pendekatan agama serta psikologi dan kaunseling.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan netizen membuat aduan tidak menggunakan saluran yang betul dan menularkan sesuatu isu menerusi media sosial sebelum siasatan dijalankan, Azri berkata fenomena itu menjadikan netizen sebagai hakim tanpa kesahihan fakta sebenar.
"Saya berpandangan bagi isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan maruah, ia perlu dilakukan mengikut saluran betul dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata tindakan secara profesional perlu dilakukan supaya mangsa terlibat tidak terdedah kepada kecaman dan komen-komen negatif yang boleh mempengaruhi emosi selain mengelak masyarakat terus membuat andaian yang tidak benar terhadap pihak terlibat.
"Saya melihat masyarakat kini hanya berani menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu dengan menularkan isu berkenaan menerusi media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook tetapi enggan bertindak dengan betul (membuat laporan)," katanya.
Azri berkata mereka seharusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. - Foto fail

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.
Kepincangan, penyakit sosial berlaku kerana manusia sudah hilang adab
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki sistem perundangan tidak membawa sebarang makna.

249 guru Korea Selatan didapati jual soalan peperiksaan tanpa kebenaran
249 guru berkenaan menjual soalan peperiksaan antara 2018 hingga Jun 2023, memperoleh purata 85 juta won setiap seorang.

Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.

175 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Ayob Khan
Seramai 175 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja sejak tahun lalu.

Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.

Pukul pemandu OKU: Anggota kena tindakan tatatertib kerana tidak isytihar harta - KPN
Tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) pada Mei lepas adalah disebabkan beliau tidak mengisytiharkan hartanya.

Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM
Kesemua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian berjumlah RM24.2 juta, perlu mendapat bayaran balik dengan segera.

804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib
Seramai 804 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak Januari hingga Ogos lalu.

JAKIM ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik
JAKIM jawab isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawainya dalam aktiviti politik.

Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.

SPA terima 1.28 juta permohonan lantikan tetap, lebih 20,000 jawatan diisi
SPA menerima 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap untuk jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana, menerusi SPA9 secara dalam talian tahun lepas.