KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan sebanyak 1,565 kandungan yang melanggar kesalahan piawaian panduan komuniti yang ditetapkan sejak 2022 hingga April lepas.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata sejak penubuhan pasukan tugas khas bagi menangani berita palsu dan 3R (kaum, agama dan institusi Diraja) pada 1 Dis lepas, sebanyak 195 kandungan yang bersifat sensitif atau provokatif telah dikesan dengan 80 peratus daripadanya telah pun diturunkan dengan kerjasama penyedia platform tersebut.
"Sejak penubuhan task force tersebut, pihak MCMC telah secara proaktif menjalankan aktiviti pemantauan dan telah mengenal pasti kandungan yang berpotensi menjadi berita palsu," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Rang undang-undang berkenaan kemudian diluluskan selepas dibahaskan oleh empat Ahli Parlimen Kerajaan dan pembangkang.
Sementara itu Teo berkata Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023, adalah bagi mengesahkan kutipan bayaran program televisyen yang dibuat Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dari 15 Mac 2001 hingga 28 Feb 2022 dan supaya ia lebih teratur sekali gus mengikut undang-undang.
Katanya, RTM telah mengenakan kadar bayaran ke atas program-program televisyen yang dimilikinya berdasarkan Kadar Bayaran Program RTM yang diluluskan Perbendaharaan pada 2 Feb 2000 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Mac 2001.
Teo berkata selain itu RTM juga telah menjana kutipan hasil sebanyak RM1,762,530 bagi pihak kerajaan bermula daripada 15 Mac 2001 sehingga 28 Feb 2022 selepas Jemaah Menteri bersetuju supaya Kadar Bayaran Perkhidmatan RTM bagi salinan program televisyen dan caj perkhidmatan untuk penyediaan sari kata serta terjemahan dikenakan kepada pelanggan.
Bagaimanapun, katanya kutipan bagi program televisyen ditangguhkan setelah didapati bahawa tiada pewartaan dibuat bagi pengenaan bayaran tersebut dan tidak selari dengan ketetapan 'Arahan Perbendaharaan WP 10.1 Penetapan Kadar Bayaran dan Borang Kerajaan'.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching ketika pembentangan Rang Undang-Undang pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Astro Audio sambut baik keputusan MCMC tidak gantung lesen radio
Astro Audio menyambut baik keputusan MCMC tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra).

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.

Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000
MCMC dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan tindakan itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman
Tiga penyampai radio itu dilihat tiba kira-kira 10.30 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, manakala tiga lagi kakitangan radio terbabit tiba berasingan.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.