Sektor pertanian Negeri Sembilan akan terus menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit jika tanah berstatus ladang ragut dan ladang kekal seluas 1,214 hektar tidak diusahakan secara optimum.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani negeri, Bakri Sawir, berkata bagi mengatasi masalah itu pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk mengembalikan produktiviti ladang tersebut dalam tempoh terdekat.
"Ladang berpotensi yang diusahakan hanya sekitar 404.68 hektar dan selebihnya berada dalam keadaan terbiar atau diusahakan separuh jalan. Untuk itu, antara inisiatif pihak kita ialah mencari pengusaha dan peladang yang berminat untuk bersama-sama kami mengusahakan kembali ladang terbiar tersebut.
"Kita juga akan mendapatkan maklum balas dan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkenaan produk-produk yang sesuai ditanam dan diterima di pasaran," katanya kepada Bernama selepas melancarkan Program MyBestBuy - Pasar Waghih Kito Negeri Sembilan Day di ibu pejabat FAMA, di sini pada Jumaat.
Katanya, setelah dilaksanakan kelak, perjalanan projek akan dipantau bagi mengelakkan pertanian semusim selain memastikan pengusaha menanam tanaman mengikut permintaan pasaran dan tidak menumpukan kepada tanaman bermusim seperti durian.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan memastikan infrastruktur terutama jaringan jalan raya bagi mendekatkan kawasan-kawasan pertanian di Jelebu ke Broga disiapkan bagi memudahkan peladang memasarkan hasil pertanian mereka di Lembah Klang.
"Ini adalah antara inisiatif untuk menjadikan Negeri Sembilan terutama Jelebu sebagai hab pertanian bagi pasaran Lembah Klang. Tambahan pula daerah itu dan kawasan sekitar pesat dengan tanaman durian dan nanas yang semakin berkembang," katanya.
Selain itu, Bakri berkata pihaknya akan mengambil pendekatan proaktif dalam memperkenalkan dan mempromosikan produk agromakanan iaitu hasil pertanian segar, produk hiliran serta kulinari tradisional yang berasal dari Negeri Sembilan di pasaran yang lebih luas.
Sementara itu, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya akan menggerakkan semua pejabat FAMA di seluruh negeri dan daerah untuk memperhebat program MyBestBuy ini.
"Setakat ini, terdapat 150 lokasi bagi program ini dan sambutannya sangat menggalakkan kerana pengguna terutama di kawasan bandar berpuas hati kerana mendapat barangan segar pada harga berpatutan," katanya.
Katanya program itu yang pada masa ini hanya diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan akan dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 17 2018
Kawasan tanah terbiar di Bukit Tembok, Port Dickson ditanam dengan pokok buah-buahan sebagai tananam kekal dan pisang sebagai tanaman kontan sebagai usaha membasmi tanah terbiar. - fotoBERNAMA/Fail
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025
Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Telekomunikasi, sektor pembinaan perlu diperhebat - Ketua Ekonomi Bank Islam
Kesan ekonomi terhadap Malaysia dan dunia akibat pandemik COVID-19 tidak dapat disangkal lagi.