Kesan ekonomi terhadap Malaysia dan banyak negara di seluruh dunia sejak penularan pandemik COVID-19 tidak dapat disangkal lagi.
Hampir kesemua sektor mengalami kerugian dalam sejarah perniagaan mereka terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, di samping membuka ekonomi secara berperingkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan ujarnya, dicadangkan agar memperbanyakkan projek berimpak tinggi dalam sektor pembinaan bagi merancakkan semula ekonomi domestik.
"Pihak institusi perbankan mengambil strategi membantu perniagaan dengan beralih arah ke sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Dalam hal ini, kita dapat lihat sektor pembinaan telah mengalami penguncupan pada suku pertama lalu, jadi sekiranya kerajaan dapat melancarkan lagi beberapa projek yang telahpun dirancang, dan sekiranya perkara ini dilaksana dalam keadaan segera ini akan dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di peringkat domestik.
"Ia seharusnya menggalakkan lagi kerjasama swasta dan kerajaan. Dalam hal ini perbankan boleh mainkan peranan sumber pendanaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Khamis.
Jelas Dr Mohd Afzanizam, normal baharu ekonomi juga dilihat mengubah (kaedah) perniagaan itu dilaksanakan, iaitu secara dalam talian.
Justeru, infrastruktur telekomunikasi di negara ini juga katanya perlu dipertingkatkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi apabila gaya kerja normal baharu bekerja dari rumah menjadi pilihan.
"Terdapat normal baharu contohnya bekerja dari rumah, di mana pra-syarat untuk bekerja dari rumah itu berjaya (adalah dengan) pemerkasaan data atau sektor komunikasi.
"Jadi dalam hal ini, kerajaan perlu menimbangkan untuk melabur lebih lagi dalam infrastruktur telekomunikasi," kata Ketua Ekonomi Bank Islam itu.
Malah kesan baik yang dirasai apabila gaya bekerja dari rumah mula dipratikkan adalah kurangnya kesesakan aliran trafik di bandar besar, kurang pembebasan karbon dari kenderaan serta produktiviti pekerja yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, jelas Dr Mohd Afzanizam, sudah tiba masanya kerajaan menerusi perancangan jangka masa pendek merancakkan ekonomi dengan meneliti semula kebergantungan produk import dalam beberapa sektor terutamanya agromakanan.
Tegasnya, peluang pekerjaan boleh dicipta buat anak tempatan menerusi peralihan perniagaan dalam usaha memulihkan ekonomi seterusnya mengurangkan peratus pengangguran.
"Sediakan peluang kepada PKS untuk beralih arah ke sektor lain. Kalau sebelum ini mereka dalam bidang pelancongan boleh menceburkan diri dalam bidang lain seperti agromakanan.
"Jadi peralihan itu perlu diurus, perlu ditadbir. Dalam hal ini jadi pihak kerajaanlah yang terbaik dalam menyediakan peluang untuk mereka beralih arah ke sektor perniagaan. Sekiranya dapat dilakukan dengan baik, ia akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Mohd Afzanizam percaya bidang agromakanan menawarkan banyak peluang, memandangkan selama ini negara bergantung pada sektor import.
"Contohnya, tahap sara diri beras adalah sebanyak 70 peratus, 30 peratus lagi perlu diimport. Bagi tanaman cili pula, sebanyak 38 peratus tahap sara diri dan selebihnya perlu diimport.
“Kalau kita dapat jana kegiatan ekonomi melalui sektor agromakanan ini kita dapat cipta lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Fareez Azman
Thu Jun 04 2020

Menurut Mohd Afzanizam, kerajaan perlu meneliti semula kebergantungan kepada produk import dalam beberapa sektor terutamanya agromakanan. - Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Telekomunikasi, sektor pembinaan perlu diperhebat - Ketua Ekonomi Bank Islam
Kesan ekonomi terhadap Malaysia dan dunia akibat pandemik COVID-19 tidak dapat disangkal lagi.