PUTRAJAYA: Seramai 1,120 pekerja asing yang telah dibawa masuk ke negara ini menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing didapati tidak bekerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanapun katanya kerajaan akan melaksanakan inisiatif untuk menempatkan pekerja terbabit dengan majikan baharu bagi menjaga aspek kebajikan mereka.
Menyifatkan ia sebagai isu lambakan pekerja asing, Saifuddin berkata kebanyakan pekerja asing terlibat adalah dari Bangladesh dan dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor pembersihan dan pencucian.
Beliau berkata agensi pengambilan pekerja asing atau majikan yang membawa masuk mereka telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil terhadap syarikat berkenaan termasuk disenarai hitam.
"Kita tahu siapa ejen dan majikan yang melakukan perkara itu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini.
Katanya lebih 400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke Malaysia menerusi program rekalibrasi dan pelan kelonggaran itu, namun kira-kira 100,000 pekerja asing lagi diperlukan untuk mengisi pekerjaan di lima sektor kritikal iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.
Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) turut mengesan majikan atau agensi pengambilan pekerja asing yang memohon kuota pekerja asing menerusi pelan tersebut namun masih mengiklankan jawatan kosong terutamanya di media sosial.
Beliau berkata perkara itu akan menyumbang kepada lambakan pekerja asing di negara ini selain memberi kesan kepada kedudukan negara dalam senarai Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report).
"Ini kerana kita tidak boleh hantar mereka balik kerana kedudukan rating akan terkesan... jadi kena perbetulkan.
"Kita baru sahaja memasuki Tier 2. Dalam tempoh 1 April tahun ini sehingga Mac depan kita akan diperhatikan apakah kita berjaya patuh terhadap beberapa perkara termasuklah membanteras elemen buruh paksa," katanya.
Laporan TIP yang dikeluarkan pada 15 Jun lepas menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian dan Saifuddin dilaporkan berkata kerajaan akan meningkatkan usaha mendakwa dan menyabitkan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang atau buruh paksa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Saifuddin berkata kebanyakan pekerja asing terlibat adalah dari Bangladesh dan dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor pembersihan dan pencucian. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.