Zayn Malik telah ditawarkan jawatan di sebuah kilang kerepek.
Penyanyi berusia 22 tahun itu telah ditawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa di kilang kerepek Seabrook di tempat lahirnya di Bradford, lapor Daily Star.
Zayn Malik pada Rabu telah mengumumkan keluar daripada kumpulan terkenal One Direction untuk menjalani "kehidupan biasa."
Sebuah surat yang turut memaparkan judul terkenal kumpulan pop itu bertulis: ''Kami simpati mendengar berita tentang keputusan anda untuk meninggalkan kumpulan One Direction, namun Seabrook ingin memberi peluang yang kami harap akan dapat buat anda tersenyum.
''Kami faham keinginan anda untuk menjalani kehidupan biasa dan kami rasa dapat membantu memenuhi hasrat anda untuk pulang dengan membantu anda kembali ke tempat asal anda di Bradford.
''Kami ingin menawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa role dan jika anda anak jati Bradford, maka kami yakin anda pasti tahu bagaimana rasanya kerepek yang sedap.''
Surat tawaran kerja itu ditulis oleh pengarah pemasaran Seabrook Kevin Butterworth.
Astro Awani
Sat Mar 28 2015
![Zayn Malik ditawar jawatan di sebuah kilang kerepek Zayn Malik ditawar jawatan di sebuah kilang kerepek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71426825120_295x200.jpg)
Zayn Malik ditawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa di sebuah kilang kerepek di Bradford.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Shane Long catat rekod baharu jaringan gol terpantas di EPL Shane Long catat rekod baharu jaringan gol terpantas di EPL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556075337_shanelong.jpg)
Shane Long catat rekod baharu jaringan gol terpantas di EPL
Shane Long hanya memerlukan 7.69 saat untuk menjaringkan gol pertama Southampton, namun perlawanan berakhir seri 1-1.
![Zayn Malik ditawar jawatan di sebuah kilang kerepek Zayn Malik ditawar jawatan di sebuah kilang kerepek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71426825120_295x200.jpg)
Zayn Malik ditawar jawatan di sebuah kilang kerepek
Penyanyi berusia 22 tahun itu ditawarkan jawatan sebagai Ketua Penguji Rasa di kilang kerepek Seabrook di tempat lahirnya di Bradford.
![Mourinho berjanji Chelsea akan bangkit dalam Piala Liga Mourinho berjanji Chelsea akan bangkit dalam Piala Liga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359075409_295x200.jpg)
Mourinho berjanji Chelsea akan bangkit dalam Piala Liga
Pengurus pasukan bola sepak Chealsea, Jose Mourinho menegaskan pasukannya akan segera bangkit selepas kekalahan menentang Bradford semasa perlawanan Piala FA.