BARU sahaja meninggalkan One Direction (1D) bulan lalu, namun Zayn Malik nampaknya sudah punya perancangan sendiri.

Zayn dikhabarkan telah memulakan perbincangan dengan pengarah filem "Bend It Like Beckham", Gurinder Chadha, yang kini sedang mengarahkan filem "Bend It Like Beckham: The Musical."

Gurinder memberitahu, Zayn seorang yang berbakat dalam bidang lakonan dan terlebih dahulu mendapat pendedahan dan pendidikan dalam bidang tersebut, sebelum menyertai One Direction.

Biarpun begitu, Gurinder berkata dia masih belum menetapkan sebarang watak untuk Zayn.

Dalam perkembangan berkaitan, Harry Styles dikatakan bakal mengikut jejak langkah Zayn dengan meninggalkan antara boy band paling berjaya di dunia itu.

Hal itu diluahkan pengarah filem biografi 1D, "This Is Us", Morgan Spurlock. Malah Spurlock begitu yakin 1D akan diteruskan sebagai sebuah kumpulan dengan tiga orang anggota.

"Mereka akan kekal berempat untuk seketika, tetapi tidak lama kerana satu masa nanti, Harry akan meninggalkan kumpulan itu," ujar Spurlock.