AKTRES jelita, Fasha Sandha berpendapat bahawa penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan ketika zaman awal kemunculannya di industri hiburan lebih baik dari sekarang.

Menurut Fasha, masyarakat dahulu tidak begitu lantang memberi kritikan negatif kepada artis dan lebih menghargai bakat mereka.

Fasha meluahkan perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

Di entri terbabit, Fasha meletakkan dua keping gambar iatu gambar di tahun 2003 dan terkini.

"Gambar kiri ketika zaman remaja, tahun 2003, zaman Natasha (drama lakonannya), sebelum wujudnya zaman media sosial, bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya.

"Gambar kanan tu gambar sekarang, gambar zaman keyboard warriors.

"Zaman dahulu best sebab orang tak kisah dan tak membawang sangat, sebab orang lebih tengok bakat," tulisnya.

Dalam pada itu, Fasha turut berasa terkilan dengan masyarakat masa kini yang menganggap artis milik masyarakat dan mengkritik mereka sewenang-wenangnya.

"Zaman sekarang, ramai ustaz ustazah jadian, sibuk mengata hal orang walaupun diri tak sempurna, dan ramai juga anggap artis milik masyarakat.

"Sorry ya, pendapat saya, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah kerjaya kami sahaja, jadi saya tak kisah orang nak kata apa, yang penting hati," tulisnya mengakhiri ruangan kapsyen.

Gambar kiri- zaman remaja,masa zaman Natasha, sebelum wujudnya zaman media sosial (tahun 2003), bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya... tu gambar photoshoot untuk cover Berita Harian. Kenangan... gambar kanan, zaman sekarang, gambar zaman keyboard warriors.. Zaman Natasha dulu best orang tak kisah dan tak suka membawang sangat, sbb orang lebih tengok bakat. Zaman sekarang...ramai ustaz ustazah jadian yang sibuk mengata hal orang tapi diri sendiri pun tak sempurna..., dan ramai juga anggap artis ni milik masyarakat. Sorry ya, pada pendapat i, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah ‘kerjaya’ kami ja. Jadi i tak kisah orang nak kata apa... yang penting hati... #hatikenabersih . #16yearschallenge

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.