PENYANYI Rap dan usahawan popular, Joe Flizzow berkongsi foto bersama Ketua Pengarang majalah fesyen Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Seperti diketahui ramai, Anna Wintour merupakan seorang individu yang sangat berpengaruh dan disegani dalam arena fesyen antarabangsa.
Foto Joe bersama Anna itu diambil ketika mereka sama sama berada di pertunjukan jenama Coach sempena Minggu Fesyen New York yang kini sedang berlangsung.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Joe gembira dan berasa kagum melihat foto itu.
"You are too cool," tulis Vivy Yusof.
"Style ya bro," tulis Datin Sabrina (sosialit).
"Thank you for reppin KL," tulis Hunny Madu.
Antara selebriti lain yang turut menghadiri Minggu Fesyen New York adalah Neelofa, Nur Fazura, Yuna, Scha Alyahya dan Awal Ashaari.