LUAHAN hati tunang kepada penyanyi Shazroul Fazlie yang berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada usus semalam sungguh menyentuh hati.

Wanita bernama Syaqira Zainal itu berkongsi isi hatinya menerusi entri terbaru di akaun Instagram peribadi miliknya.

“Kalau lah boleh tukar sakit tu dekat I, bagi je dekat I sayang… Banyak sangat dah you tanggung. You tahu I tak boleh tengok you sakit walau sikit pun. I harap you kuat ok. Ramai doa dan sayang kan you. Love you sayang,” luahnya.



Selain itu, menerusi ruangan posting di Insta Story juga, Syaqira turut menyatakan rasa rindu terhadap tunangnya.

“Sayang… I tidur bilik you malam ni. Dekat tilam ini lah I cuci, tukar cadar kencing berak you. I peluk bantak busuk you ni kuat-kuat. Rindu sangat…

“Sumpah I rindu nak jaga you. Ya Allah… Sayunya hati, cepatlah balik sayang,” tulisnya.



BACA: 'Pemotongan usus dilakukan, kira-kira 90 sentimeter' - Ibu risau, Shazroul dirawat di ICU

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan sokongan moral terhadap Syaqira.

Ramai yang memohon agar Syaqira terus kuat berdepan dengan ujian selain turut mendoakan agar Shazroul kembali sembuh seperti biasa.

Terdahulu, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat ini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di ICU HKL.