ANGGOTA kumpulan Blackpink, Lisa telah memenangi anugerah bagi kategori Akaun Paling Disayangi (Most Beloved Account) dalam Anugerah Instagram Korea, baru-baru ini.

Memetik laporan allkpop, Lisa layak menerima anugerah itu berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak Instagram Korea yang melihat pada jumlah tontonan Instagram Stories, komen dan tanda suka di perkongsian Lisa sepanjang tahun 2019.

Lisa atau nama sebenarnya, Lalisa Manoban telah dinobatkan sebagai artis Korea paling diikuti di Instagram sejak tahun 2018, jumlah pengikut terkininya adalah 28.7 juta.



Menurut Lisa, dia berasa gembira menerima pengiktirafan itu dan akan memuat naik lebih banyak perkongsian untuk berinteraksi dengan peminat.

"Saya rasa sangat terharu menerima pengiktirafan ini, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya.

"Saya akan berinteraksi dengan peminat lebih kerap selepas ini, bukan sahaja peminat di Korea, malah dari luar negara juga," katanya dalam sebuah kenyataan.

Sekadar info, Kumpulan Blackpink mula menggegarkan industri hiburan K-Pop pada tahun 2016, populariti mereka bertahan sehingga kini.

Sumber : allkpop