BINTANG terkenal Indonesia, Iko Uwais memberitahu, dia mengalami sakit kepala yang teruk sehingga dikejarkan ke hospital ketika menjalani penggambaran filem Stuber, awal bulan ini.
Jelasnya secara eksklusif kepada Sinar Harian ketika dihubungi menerusi bantuan The Walt Disney Indonesia, Iko berkata, demi menghidupkan watak penjahat sebagai Oka Tedjo, dia perlu mewarnakan rambutnya dengan warna perang.
“Untuk nampak lebih natural, saya perlu warnakan rambut. Jadi ceritanya, untuk mendapatkan warna rambut yang diinginkan itu saya perlu bleaching sebanyak dua kali, barulah dapat warna yang betul.
Tapi setelah melalui proses itu saya rasa tidak selesa. Mungkin pewarna itu terlalu keras sehinggakan saya migrain selama dua minggu. Malah, kalau rambut disentuh pun akan terasa sakitnya.
"Saya ingatkan makan ubat pain killer boleh sihat tapi silap. Lantas, saya terpaksa dimasukkan ke hospital. “Walaupun sakit saya tetap teruskan juga untuk habiskan babak yang masih berbaki. Syukur kerana pihak produksi banyak membantu,” ujarnya profesional.
Bukan sahaja selaku pelakon utama watak jahat, Iko juga bertindak sebagai pengarah koreografer dalam aksi babak pergaduhan.
“Tidak hanya berlakon semata-mata, saya juga diberi penghormatan untuk menjadi pengarah koreografer dalam babak berlawan,” ujarnya kebolehan sebagai pelakon lagak ngeri dan ilmu persilatan sebagai satu tambah nilai.
Ini merupakan filem komedi aksi pertama lakonannya. Terdahulu, Iko pernah memegang watak sebagai Yuda seorang perantau Minangkabau dalam filem Merantau pada tahun 2009. Diikuti filem The Raid dan The Raid 2 serta Star Wars: The Force Awakens pada 2015.
Mengakhiri perbualan, Iko berharap lakonan dan filem Stuber mendapat sambutan hangat di Malaysia yang bakal ditayangkan bermula 15 Ogos 2019.
Dalam masa sama, Iko juga sedang menjalani penggambaran selaku pelakon dan produser serta pengarah stunt untuk genre siri jenayah di Netflix, Wu Assassins.
Sinar Harian
Sun Jun 30 2019
Iko menyatakan demi menghidupkan watak penjahat sebagai Oka Tedjo, dia perlu mewarnakan rambutnya dengan warna perang. -Gambar Sinar Harian
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Watak jahat buat Iko Uwais jatuh sakit
Bintang terkenal Indonesia, Iko Uwais memberitahu, dia mengalami sakit kepala yang teruk sehingga dikejarkan ke hospital ketika menjalani penggambaran filem Stuber, awal bulan ini.