Kedua-dua penyampai itu terserempak dengan PM Anwar ketika 'turun padang' untuk bersedekah dengan membelanja makan bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan di beberapa gerai di Puchong,
Azad berkata, amalan sedekah itu antara usaha untuk mengeratkan hubungan antara penyampai radio dengan pendengar yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap stesen radio ERA stesen nombor satu paling legit.
“Saya dan Radin berkesempatan melawat beberapa gerai di Puchong dan belanja makan kepada sesiapa sahaja. Rata-rata, mereka terharu kerana tidak menyangka berbuat demikian secara mengejut.
“Tanpa disangka, tba-tiba kami teserempak dengan Datuk Seri Anwar yang berada di kawasan yang sama bagai menghadiri acara rasmi di sebuah masjid di Puchong.
“Tanpa berlengah lagi, kami terus bertemu dengan PM Anwar untuk bersalam dan bertanyakan khabar, ia satu pengalaman yang baik buat kami,” katanya.
Dalam pada itu, Azad dijangka akan meneruskan program bantuan kepada pendengar ERA terutama kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Menurut Azad, dengan cara sedemikian mampu mengembirakan mereka dan dapat meringankan beban harian mereka.
Untuk mengikuti perkembangan terkini, aktiviti serta program baru boleh layari platform media sosial rasmi ERA.