SELEPAS 10 tahun menemani pendengar, segmen JoHaRa pagi ERA kini dibubarkan.
Perkara itu dimaklumkan ketika di sidang media rasmi ERA Fm yang bertempat di Tiffin At The Yard, Jalan Ipoh, Sentul petang semalam sekali gus memperkenalkan beberapa segmen baharu yang bakal bersiaran bermula Isnin ini.
Menjadi tumpuan media apabila figura pelawak hebat, Johan tidak kelihatan bersama penyampai lain seperti Haniff Hamzah dan Ray di majlis itu.
Menurut pengurus kandungan ERA, Hani Fadzil, pelawak itu telah mengambil keputusan untuk keluar dan tidak lagi bersama ERA.
“Selama 10 tahun, Johan adalah sebahagian dari JoHaRa dan tidak dinafikan dia merupakan ikonik ERA sendiri.
“Tetapi sekarang kita akan bergerak lebih ke depan, maka ERA dan Johan mengambil haluan masing-masing.
“Keputusan ini adalah keputusan bersama, maka dengan itu tanpa Johan inilah kami yang sekarang,” kata Hani ringkas.
Segmen JoHaRa pagi Era bakal digantikan dengan sebuah segmen baharu ‘3 Pagi ERA’ yang akan menampilkan tiga gandingan jejaka hebat Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin.
Tambah Hani, meskipun sedar akan risiko yang bakal diterimanya disebabkan perubahan mendadak ini, namun dia tetap percaya dengan bakat dan kelebihan yang ada pada setiap penyampai segmen pagi itu.
“Sudah semestinya sebelum kita buat sesuatu keputusan kita akan berfikir dahulu, tidak boleh terjah begitu sahaja.
“Setiap keputusan yang dibuat mempunyai sebabnya tersendiri dan ketiga mereka (Nabil, Radin, Azad) mempunyai kekuatan mereka sendiri serta ini merupakan peluang buat mereka untuk menonjolkan lebih lagi dengan apa yang mereka ada.
“Seperti Radin, jelas dia memiliki wajah yang tampan dan sangat bersikap professional selain menjadi orang tengah untuk menaturalkan keadaan kepada Nabil dan Azad yang kita sedia tahu mereka berdua sejenis yang kelakar.
“Kalau Nabil siapa sahaja yang tidak kenal dia, lawak jenaka yang ditampilkan Nabil sangat berbeza dengan pelawak-pelawak lain. Dia juga mempunyai daya berfikir yang sangat pantas sesuai dengan kerja penyampai radio yang bergerak dengan pantas.
“Azad pula siapa sangka dia bakal menjadi penyampai radio, kekuatan Azad ialah sejenis yang kita berikan apa jua tugasan, dia boleh laksanakan dengan baik.
“Jadi inilah formula yang kita ada untuk segmen 3 pagi ERA,” ujar Hani.
Selain 3 pagi ERA, segmen baharu lain yang bakal ke udara adalah ‘101 ERA’ oleh Haniff dan Ray, ‘Daebak ERA’ oleh Munaa Bella dan Fazziq Muqris, ‘Port ERA’ oleh Danial Zaini dan ‘Gempak Hit ERA’ oleh Isha Norsham.
Gempak
Sat Jul 16 2022

Selain 3 pagi ERA yang menggantikan JoHaRa pagi ERA, segmen baharu lain adalah 101 ERA oleh Haniff dan Ray, Daebak ERA oleh Munaa Bella dan Fazziq Muqris, Port ERA oleh Danial Zaini dan Gempak Hit ERA oleh Isha Norsham.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

JoHaRa tak kisah orang kata syok sendiri
Pengendali program JoHaRa Pagi Era, Johan, Haniff dan Ray tidak kisah dicop syok sendiri, malah mengakui perkara tersebut.