DAMIANO David, telah lulus ujian dadah yang dijalankan pada Isnin untuk membersihkan namanya susulan spekulasi dia mengambil kokain ketika final pertandingan tersebut.
Tular di laman sosial sebelum ini beberapa video rakaman di belakang pentas yang memperlihatkan vokalis Maneskin yang memenangi Eurovision tahun ini itu seolah-olah sedang mengambil dadah.
"Ujian dadah diambil secara sukarela awal hari ini (Isnin) oleh penyanyi utama kumpulan Måneskin dan didapati hasilnya adalah negatif," demikian kenyataan European Broadcasting Union (EBU).
"Tidak ada penggunaan bahan terlarang yang berlaku dan kami menganggap isu ini selesai," kata EBU, sambil menambah mereka telah memeriksa semua rakaman video yang tular.
Perancis, yang menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut, sebelum ini menuntut ketelusan daripada penganjur setelah rakaman itu menjadi viral setelah final Sabtu di Belanda.
Pegawai pertandingan Perancis mendesak tindakan diambil dan penggunaan dadah cukup untuk dijadikan alasan kemenangan itu ditarik balik, namun tidak merancang untuk mencabar keputusan pada final tersebut.
David dalam satu temuramah memaklumkan dia tersinggung dengan spekulasi tersebut, yang menurutnya telah mencemarkan kemenangan pertama Itali dalam Eurovision dalam tempoh 31 tahun.
"Kami khuatir spekulasi yang tidak tepat akan membayangi semangat dan keputusan pertandingan serta memberi kesan negatif kepada kumpulan berkenaan," kata EBU, sambil menambah mereka menjanjikan pertandingan yang lebih hebat tahun hadapan.
Agensi
Tue May 25 2021

David dalam satu temuramah memaklumkan dia tersinggung dengan spekulasi tersebut. - Foto REUTERS/Piroschka van de Wouw

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Kemenangan di Eurovision beri semangat moral kepada Ukraine
Lagu rap menggabungkan irama folk dan hip-hop moden yang dipersembahkan Kalush, dipilih memenangi pertandingan lagu tahunan terbesar Eropah itu.

Vokalis kumpulan pemenang Eurovision negatif dadah - Penganjur
Vokalis Maneskin yang memenangi Eurovision tahun ini, lulus ujian dadah yang dijalankan pada Isnin untuk membersihkan namanya.

Madonna 'bikin panas' di Eurovision, alih kontroversi untuk bawa mesej damai Israel-Palestin
Persembahan Madonna di Eurovision, diakhiri dengan memperlihatkan dua orang penari latar memakai bendera Palestin dan Israel yang ditampal pada belakang baju mereka.