TUDUNG termahal di dunia berharga RM50,000 sah menjadi milik seorang ahli perniagaan wanita dari Kuantan, Pahang.

Tudung bawal hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski itu telah diserahkan kepada butik ByQiss by Bawal Exclusive untuk diberi pada pelanggan.

Dihasilkan sepenuhnya di Austria, ia mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.



Memetik kenyataan Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menerusi Berita Harian, lebih 10 warna batu kristal Swarovski yang digunakan untuk perhiasan tudung ini.

“Harga RM50,000 itu adalah termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya,” katanya lagi.

Diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’, ia bertepatan dengan personaliti pemiliknya untuk digayakan menjelang sambutan Syawal nanti.




Tahun lalu, rekod tudung paling mahal dihasilkan oleh pemilik yang sama dengan harga RM33,000.

Di Facebook, netizen berkongsi pendapat tentang harga tudung yang meyamai harga sebuah kereta Perodua Myvi ini.

Ada yang berasa bangga apabila ada wanita tempatan yang mampu membeli sesuatu barangan yang dianggap ‘remeh’ dengan harga yang tak masuk akal dan ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka.