TRAGEDI gempa bumi di Ranau pada 5 Jun 2015, kira-kira tiga tahun lepas telah memberi ilham kepada Pengarah Filem Datuk Jurey Latiff Rosli untuk mengadaptasi peristiwa sedih itu ke layar perak.
Berkongsi pengalaman menghasilkan filem "Tangisan Akinabalu" itu, Jurey Latiff berkata ia bukan mudah kerana pelakon yang terlibat tidak mempunyai pengalaman berlakon dalam filem mahupun televisyen.
Namun berkat komitmen dan kerjasama daripada semua barisan pelakon menghadiri kelas yang diadakan berjaya membuktikan anak Sabah mempunyai bakat yang tersendiri.
"Saya ambil (pelakon), latih mereka dengan membuat kelas lakonan, teknikal sehingga berjaya membuktikan dan mempamerkan bakat dalam filem yang kita lihat pada malam ini," katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana dan majlis pelancaran filem itu, semalam.
Filem Tangisan Akinabalu yang ditayangkan serentak di 32 pawagam di seluruh negara dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi.
Jurey Latiff berkata skrip untuk filem yang bernilai RM2.2 juta itu mula dihasilkan selepas kejadian gempa bumi itu sebelum memulakan penggembaraan pada Sept 2016.
Katanya filem Tangisan Akinabalu adalah yang pertama dihasilkan di Sabah dan yang ketiga di bawah arahannya menggunakan dialek tempatan Sabah selain Bahasa Mandarin, Inggeris dan Jepun.
Antara pelakon yang terlibat termasuk Yuri Mejal, Phanthegerow Estrop, Saiful Zero, Yus Waisar dan ramai lagi.
Filem yang berdurasi satu jam 30 minit terbitan New Line Film Sdn Bhd itu berdasarkan kisah benar insiden gempa bumi di Ranau yang berlaku pada jam 7.15 pagi berukuran 5.9 pada skala Richter meragut 18 nyawa termasuk pendaki dan malim gunung, Gunung Kinabalu.
Sementara itu, Mohamaddin mahu filem berkenaan dapat dipromosikan ke peringkat antarabangsa melalui kementeriannya.
Beliau berkata filem merupakan antara medium yang sangat sesuai sebagai saluran yang mempamerkan lokasi yang menarik, adat dan budaya unik masyarakat Malaysia khususnya di Sabah.
"Kementerian amat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk mempromosikan adat budaya Sabah sama ada dalam bentuk penerbitan filem, drama, teater, nyanyian dan kesenian bagi menyemarakkan industri seni tanah air kita," katanya.
Bernama
Fri Sep 28 2018

Filem Tangisan Akinabalu akan ditayangkan serentak di 32 pawagam di seluruh negara.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.

Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem
Sekumpulan pembikin filem Iran akan melawat Malaysia bulan depan sempena Festival Filem Iran untuk meneroka dan membincangkan peluang kerjasama.

Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton
Filem Soloz: Game of Life yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria, menjanjikan pengalaman segar dan berbeza buat penonton.

Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.

Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.

Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.

Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.

Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.

Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.