KUALA LUMPUR: Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui sangat terkejut dengan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan khidmat mereka masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar.
Bahkan, Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan.
“Kami tidak tahu apa sebab kami diberhentikan. Tahu-tahu saja dapat surat memaklumkan perkhidmatan kami dihentikan.
“Mungkin rakan-rakan media boleh tolong tanya pada menteri kenapa kami diberhentikan sebab kami sudah tiada akses dengan menteri selepas diberhentikan,” kata Ahmad Idham dalam sidang media secara dalam talian pada Jumaat.
Sidang media itu turut disertai Eizlan yang senada dengan Ahmad Idham bahawa mereka tidak dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan Menteri Luar mengambil tindakan sedemikian.
BACA: Khidmat Ahmad Idham, Eizlan Yusof di Kementerian Luar ditamatkan - Laporan
Pada Khamis, Saifuddin memberitahu Sinar Daily bahawa khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.
Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.
Sebelum ini, media melaporkan, pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia pada 1 November, tahun lalu.
Ahmad Idham sebelum itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Sementara itu, menurut Ahmad Idham, melalui surat yang diterima pada 28 Februari lalu, khidmat beliau dan Eizlan ditamatkan secara 24 jam berkuat kuasa 23 Februari.
Kata Ahmad Idham, bukan tidak menghormati atau mempersoal keputusan Menteri Luar itu, sebaliknya, apa yang menjadi tanda tanya pada beliau ialah tindakan itu dibuat tanpa mengikut cara dan etika yang betul.
Berpengalaman berkhidmat di dalam agensi kerajaan sebelum ini, Ahmad Idham berkata, sepanjang pengetahuannya, sebelum seseorang pegawai atau kakitangan diberhentikan, harus dikeluarkan surat teguran atau amaran terlebih dahulu.
“Saya pernah duduk dalam agensi kerajaan, saya sedia maklum tatacara kerajaan, tetapi (dalam kes beliau dan Eizlan) itu tidak berlaku.
“Tahu-tahu sahaja pada tarikh itu (28 Februari) saya terima surat penamatkan perkhidmatan,” ujarnya.
Bagi Eizlan pula, tindakan yang diambil Saifuddin terhadap beliau dan rakannya sangat tidak ‘gentleman’.
Sebagai seorang menteri, Saifuddin, kata Eizlan, mempunyai pelbagai cara yang boleh dibuat untuk memaklumkan mengenai tindakan menamatkan perkhidmatan beliau dan Ahmad Idham.
“Tindakan ini tidak gentleman daripada menteri, boleh sahaja beliau (menteri) panggil untuk bincang dengan baik.
“Lagipun dalam kes saya hanya lakukan sumbangan kepada kerajaan, tanpa menerima sebarang gaji, bahkan keluar duit sendiri pula untuk berkhidmat di Kementerian Luar.
“Kami hormati keputusan menteri, cuma ralat tak dipanggil bincang. Terus-terang saya katakan kami tidak tahu apa sebab kami diberhentikan,” tegas Eizlan.
Dalam sidang media itu, Ahmad Idham juga menarik perhatian mengenai dakwaan kononnya beliau dan Eizlan sedang ‘melobi’ untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kata Ahmad Idham, dakwaan itu samata-mata mahu melagakan beliau dan Saifuddin .
“Kalau nak masuk politik baik saya jumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ringkas jawab Ahmad Idham sambil mengakui beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Muhyiddin.
Memahami kedudukan mereka kini yang bukan lagi sebahagian daripada penjawat awam atau lebih tepat bukan lagi pegawai kanan di Kementerian Luar, Ahmad Idham dan Eizlan berkata, mereka sedia untuk mengembalikan semula pasport diplomatik yang ditawarkan sebelum ini.
“Sudah tentu kami akan mengembalikan semula pasport diplomatik kepada kerajaan,” kata Ahmad Idham dan dipersetujui oleh Eizlan.
Astro Awani
Fri Mar 04 2022

Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Foto Astro AWANI

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

PRU15: Ahmad Idham bantah pencalonan Aminuddin di Port Dickson
Aminuddin didakwa hilang kelayakan bertanding apabila memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

Ahmad Idham genggam PhD selepas tujuh tahun bekerja keras
Ahmad Idham kini memiliki ljazah Doktor Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia.

PRU15: Jadi sejarah artis lawan MB - Ahmad Idham
Menurut Ahmad Idham, semestinya akan menjadi sejarah dalam politik tanah air apabila seorang artis bertanding dengan Menteri Besar dalam pilihan raya.

Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay
Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti.

"Tolong tanya menteri kenapa kami diberhentikan" - Idham, Eizlan
Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan.

Idham dilantik Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Perunding Kreatif di Kementerian Luar
Pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan Yusof berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Rozita pikul sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif Finas
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Rozita Waty Ridzuan akan menanggung sementara tugasan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa esok.

#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.

"Saya dan Idham tiada masalah" - Hans Isaac jawab dakwaan tidak sehaluan dengan Idham terajui FINAS
Hans Isaac nafi dakwaan hubungan beliau dengan Ahmad Idham Ahmad Nadzri 'panas' dan tidak sehaluan.

Kontrak Ahmad Idham sebagai CEO FINAS berakhir Mac 2020
Seperti yang sudah dijangka, Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan melepaskan kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bermula 10 Mac depan.