SELEBRITI dan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ahmad Idham melahirkan rasa syukur apabila berjaya menggengam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam sebuah majlis istiadat konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Jelas Idham, biarpun dirinya sibuk dengan proses penamaan calon PRU15 yang menyaksikan dirinya bertanding merebut kerusi Parlimen Port Dickson, namun, untuk menghadiri acara konvokesyen juga adalah tanggungjawabnya.
“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol ljazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok.
“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.
“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan.
“Penantian selama hampir tujuh tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk ljazah Doktor di dalam bidang pengurusan,” katanya
Ahmad Idham berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan bersama penduduk Port Dickson sekiranya berpeluang menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut.
“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurustadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima ljazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” tambahnya.
Selain Ahmad Idham yang mewakili parti Pejuang, kerusi Parlimen Port Dickson turut menyaksikan tiga lagi saingan lain termasuk Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk P. Kamalanathan (Barisan Nasional) dan Rafie Mustapha (Perikatan Nasional).
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Mon Nov 07 2022

Ahmad Idham melahirkan rasa syukur apabila berjaya menggengam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam sebuah majlis istiadat konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

PRU15: Ahmad Idham bantah pencalonan Aminuddin di Port Dickson
Aminuddin didakwa hilang kelayakan bertanding apabila memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

Ahmad Idham genggam PhD selepas tujuh tahun bekerja keras
Ahmad Idham kini memiliki ljazah Doktor Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia.

PRU15: Jadi sejarah artis lawan MB - Ahmad Idham
Menurut Ahmad Idham, semestinya akan menjadi sejarah dalam politik tanah air apabila seorang artis bertanding dengan Menteri Besar dalam pilihan raya.

Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay
Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti.

"Tolong tanya menteri kenapa kami diberhentikan" - Idham, Eizlan
Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan.

Idham dilantik Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Perunding Kreatif di Kementerian Luar
Pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan Yusof berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Rozita pikul sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif Finas
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Rozita Waty Ridzuan akan menanggung sementara tugasan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa esok.

#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.

"Saya dan Idham tiada masalah" - Hans Isaac jawab dakwaan tidak sehaluan dengan Idham terajui FINAS
Hans Isaac nafi dakwaan hubungan beliau dengan Ahmad Idham Ahmad Nadzri 'panas' dan tidak sehaluan.

Kontrak Ahmad Idham sebagai CEO FINAS berakhir Mac 2020
Seperti yang sudah dijangka, Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan melepaskan kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bermula 10 Mac depan.