Rata-rata netizen menyifatkan apa yang dilakukan Yana dan suaminya itu adalah contoh sifat mulia dan bertanggungjawab yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
Menerusi Facebook, Yana semalam meluahkan rasa tidak puas hati apabila tandas di stesen minyak R&R berkenaan bukan sahaja sangat kotor, tetapi pihak pengurusannya juga gagal meletakkan sebarang notis yang menyatakan tandas tersebut tidak mempunyai bekalan air.
Hal berkenaan dilihat menyusahkan pengunjung, malah kata Yana, dia tidak menyalahkan mereka yang meninggalkan 'harta' mereka tanpa membersihkannya terlebih dahulu.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Zeezah Jamil, mengakui melihat sendiri bagaimana Yana dan suaminya menarik hos pili bomba untuk membersihkan tandas tersebut sebelum dihalang oleh seorang pekerja.
Pengguna Facebook, Zeezah Jamil, antara saksi perbuatan mulia Yana dan suaminya.
Yana dan suami juga membelikan beberapa botol air mineral untuk kegunaan mereka yang beratur panjang untuk menggunakan tandas berkenaan.
Pelakon yang terkenal dengan nama manja Kak Yong di kalangan peminatnya itu juga berharap agar kejadian sebegitu tidak berulang lagi di masa depan.
Antara reaksi netizen di Facebook