Sambutan Aidilfitri setiap tahun tentunya meriah apabila diraikan bersama keluarga di kampung halaman. Namun bagi mereka yang tidak dapat bersama-sama keluarga, kehadiran rakan-rakan sedikit sebanyak mengubati kerinduan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak lengkap kehadiran Aidilfitri tanpa mendengar ucapan dari saudara-saudara kita di perantauan. Antara yang sampai ke meja Astro AWANI adalah dari penuntut University of Sheffield, United Kingdom.

Bukan sekadar berkirim ucapan, mereka turut berkongsi perasaan dan pengalaman sepanjang Ramadan di negara tersebut.

Salam Aidilfitri dari penuntut University of Sheffield, UK.
Turut tidak ketinggalan adalah komuniti Malaysia di Leeds, United Kingdom, yang tidak mahu terlepas berkongsi ucapan dengan mereka yang dirindui di tanah air.

Selain itu, meja AWANI turut menerima kiriman video ucapan daripada rakyat dan pelajar Malaysia dari United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Salam Aidilfitri dari Leeds, UK.
Selamat Hari Raya daripada Manchester, UK.



Selamat Hari Raya daripada pelajar-pelajar University of Edinburgh, Scotland.

Salam perantauan dari Amerika Syarikat.

Ucapan Aidilfitri dari pelajar Malaysia di Liverpool.



Ucapan Raya Aidilfitri daripada warga Malaysia di Manchester.



Salam perantauan daripada warga Malaysia di Manchester, UK


Salam Syawal dari Edinburgh.
Salam Aidilfitri daripada pelajar University of Sheffield.



Ucapan Aidilfitri daripada pelajar University of Manchester,UK

Salam Aidilfitri dari pelajar tajaan MARA di United Kingdom.



Salam Aidilfitri dari Manchester, UK.


Salam Aidilfitri dari Edinburgh.
Salam Aidilfitri dari Birmingham.
Salam lebaran dari Wales.

Salam Aidilfitri daripada pelajar Universiti Southampton, UK.
Ucapan daripada pelajar The Ohio State University, USA.


Malah, komuniti Malaysia dari Korea Selatan, Korea, Jepun, Milan, Turki dan Jordan juga turut menyampaikan Salam Aidilfitri mereka kepada AWANI.
Salam Aidilfitri dari Korea Selatan.


Salam Aidilfitri daripada pelajar Universiti Malaya yang kini berada di Korea.

Salam Aidilfitri dari Milan.

Ucapan Hari Raya warga Malaysia di Turki.
Ucapan Raya Aildilfitri dari Tokyo, Jepun.

Ucapan Aidifiltri dari pelajar Jordan.
Lebih menarik? Kiriman ucapan Aidilfitri dari pegawai Kedutaan Malaysia di Washington, ahli keluarga mereka dan para pelajar di Amerika Syarikat.

Video ini dikirimkan oleh Pengarah Pejabat Education Malaysia di Washington DC, Dr Md Amin Md Taff.
Malah, kami juga menerima ucapan Raya Aidilfitri daripada seorang warga Serbia khas untuk rakyat Malaysia.
Ucapan Raya daripada warga Serbia.

Kami di AWANI juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam yang menyambut perayaan ini. SALAM AIDILFITRI! Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang!