PELAWAK Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn selamat menimang cahaya mata perempuan pada Syawal ketiga yang lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh mereka menerusi akaun Instagram (IG).

Ozlynn meminta maaf kerana mereka terpaksa membuat ramai yang tertanya-tanya mengenai berita kelahiran bayi kelima itu.

Menurut Ozlynn, Johan memintanya berehat secukupnya dan belum boleh menerima kunjungan daripada sesiapa yang mahu melawat mereka.

Maafkan kami suami isteri sb buat semua tertanya2.. dh bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama mcm mama dia.. raya ke 3 dia xmo gak keluor so kita terpaksa memaksa baby keluar tp ttp secara normal.. so now papa nak mama berehat puas2 mandangkan nnt mlm dh mula berjaga utk baby.. al maklom la kami tiada helper.. jd semuanya sendiri.. bkn tidak mahu menerima kunjungan.. tp papa bg mama berehat dulu seminggu dua.. maklomlah nak membiasakan diri kembali dgn baby yg masih fragile.. so harap semua faham.. tp kami akan belanja wajah puteri kedua kami.. ok jgn panik tgk video tuh.. pastinya keselamatan di utamakan.. maklomlah sakit pon x abes lagik..


Mereka turut berkongsi wajah comel puteri kedua itu serta video Johan bersama anaknya itu.

Empat anak mereka yang lain adalah Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5 dan Chantiq 3 tahun.