Menerusi video terbabit, Fasha dan anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma bermain serta bermesra dengan anak Aliff dan Shahida.
Apa yang menariknya, Aliff sempat bergurau dengan Fasha dan bertanyakan soalan mengenai 'baby' kepadanya.
"Dapat baby, ready tak?" soal Aliff.
Sambil tersenyum, Fasha tenang menjawab soalan Aliff.
"Ready, selalu ready... Pinjam baby kawan-kawan je ni," jawab Fasha.
Di ruangan komen, peminat memuji sifat keibuan yang ada dalam diri aktres tersebut.
Netizen juga gembira melihat sikap penyayang Fasha dan tidak sabar menantikan waktu aktres itu naik pelamin dengan tunangnya, aktor Aidil Aziz.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai dua orang anak.
Setelah beberapa tahun hidup solo selepas bercerai dengan Rizal, Fasha mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November baru-baru ini.