TIKET konsert ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid telah terjual sebanyak 80 peratus walaupun tarikh konsert masih berbaki tiga bulan.
Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Negara pada 5 Ogos 2017.
Sheila atau nama penuhnya Shaheila Abdul Majid, 52, akui dirinya teruja untuk bertemu peminat menjelang konsert ini.
"Saya sebenarnya teruja tapi dalam masa yang sama sedikit gementar. Saya tak sabar nak lihat penonton berseronok pada malam itu nanti.
"Jadi saya mohon supaya siapa yang teringin nak lihat saya beraksi di pentas yang gah itu, cepat-cepatlah dapatkan tiket sebelum habis dijual," kata Sheila kepada Astro Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran itu turut ditanya adakah dia merancang untuk menambah hari persembahan sekiranya mendapat sambutan hangat.
"Memang ada peminat yang mula bertanya sama ada saya akan menambah hari persembahan konsert tersebut dan jawapan saya adalah tidak.
"Bukan tak mahu, tetapi untuk menambah hari persembahan, ianya akan melibatkan lebih banyak kos dan juga komitmen.
"Banyak perkara yang perlu diambil kira termasuklah kemampuan tenaga saya sendiri," ujarnya ketika ditemui media.
Datuk Sheila Majid ditemui pada majlis sidang media pengumuman konsert Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 di hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur pada Rabu.
Menjelang konsert mega ini, Sheila turut berkongsi bahawa dirinya sudah mula membuat persediaan awal dari segi vokal dan fizikal.
"Pada malam itu nanti saya akan menyanyikan 40 buah lagu, oleh itu saya harus kekal bertenaga.
"Saya memang dah mula dengan persediaan fizikal terlebih dahulu dan bersempena dengan bulan puasa ini, saya akan tetap bersenam bagi menjaga stamina.
"Selain latihan fizikal, saya juga akan mula berlatih vokal pada minggu kedua Ramadan.
"Dan saya berharap menjelang konsert itu nanti, tenaga ini akan terus berkekalan untuk memberikan yang sehabis baik kepada peminat,” jelas Sheila yang bakal sibuk dengan jadualnya sepanjang Ramadan.
Peminat boleh mendapatkan tiket konsert yang dijual bermula RM98 hingga RM888 menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian +603 9222 8811.
Gempak
Thu May 25 2017
![Tiket konsert Sheila Majid 80 peratus habis dijual Tiket konsert Sheila Majid 80 peratus habis dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71434793142_SHEILAMAJID.jpg)
Sheila giat menjalani latihan fizikal dan vokal menjelang tarikh konsert beliau. - Gambar fail
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
![Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738928259_TBPLANETARIUMNEGARA.jpg)
Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.
![Penyanyi muda perlu kerap hasil lagu baharu untuk lebih berjaya - Norman KRU Penyanyi muda perlu kerap hasil lagu baharu untuk lebih berjaya - Norman KRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613003627_NormanAbdulHalim.jpg)
Penyanyi muda perlu kerap hasil lagu baharu untuk lebih berjaya - Norman KRU
Kehadiran ramai penyanyi baharu dilihat penyanyi senior, mewujudkan lambakan penyanyi sekali gus menuntut artis muda mempunyai 'strategi tertentu'.
![Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025 Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735301094_HilmiAbdullah.jpg)
Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025
Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.
![Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735301094_HilmiAbdullah.jpg)
Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.
![The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729514376_awardtopmedianet.jpg)
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
![Pertunjukan Great British Circus di Kota Bharu hanya tampilkan ahli lelaki Pertunjukan Great British Circus di Kota Bharu hanya tampilkan ahli lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719380493_TBHilmiAbdullah.jpg)
Pertunjukan Great British Circus di Kota Bharu hanya tampilkan ahli lelaki
Persembahan Great British Circus yang dijadualkan pada 26 Okt-17 Nov itu tidak menampilkan ahli sarkas wanita yang mendedahkan aurat.
![DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727258842_DewanBahasadanPus.jpg)
DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
![Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721824656_950x600.jpg)
Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco
Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.