ISU siapa yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) baharu terus menarik perhatian ramai penggiat seni hiburan, termasuk tiga persatuan hiburan yang menyatakan pendirian sama mencalonkan seorang tokoh media berpengaruh sebagai calon yang layak.

Usul tersebut dicadangkan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) bersama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

Satu perjumpaan diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada Isnin untuk menyerahkan surat usul berkenaan kepada Menterinya, Gobind Singh Deo.

Hadir sama pada sesi perjumpaan tersebut adalah Presiden FDAM, Othman Hafsham, pengarah filem terkenal, U-Wei Saari, Presiden PKAVM, Rahim Jailani dan Timbalan Presiden PROFIMA, Kamil Khan.

BACA: Bukan calang-calang individu galas tanggungjawab Pengerusi Finas

BACA: Pilih calon paling layak, berpengalaman luas untuk pacu Finas

BACA: Beberapa pegawai FINAS dipanggil SPRM


Bagaimanapun, surat usul itu diserahkan kepada wakil menteri kerana Gobind sedang bercuti.

Difahamkan, surat usul itu mencadangkan Tan Sri Johan Jaafar sebagai calon yang layak berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang kewartawanan dan media di negara ini selain dikenali sebagai aktivis seni.

Sumber memberitahu, cadangan itu tidak bermaksud membantah nama calon-calon lain yang disenarai pendek sebelum ini iaitu pensyarah sambilan filem dan penyiaran, Zaki Abdul Rahim, Hassan Abd Muthalib, pelakon Sharifah Amani dan Datuk Hans Isaac.

BACA: Penggiat industri tunggu siapa dalang isu ketirisan dana Finas

BACA: Dana penerbitan: FINAS harus wujudkan pasukan forensik bebas buat 'post-mortem'

BACA: Angka 'ketirisan' FINAS mengejutkan! - Gobind