PELAKON popular, Rashidi Ishak akui sudah 'move on' selepas keretakan rumah tangganya bersama aktres Vanidah Imran.

Menurut Rashidi kini dia bergerak sendirian jika ingin dibandingkan ketika mempunyai pasangan.

"Alhamdulillah kehidupan saya baik. Saya rasa orang lain pun akan melalui perkara yang sama iaitu 'move on' dan itu yang dilakukan oleh saya.

"Tumpuan saya semestinya kepada kerjaya, perniagaan, anak-anak serta keluarga.

"Tidak ada banyak perbezaan cuma sekarang ini bergerak secara sendirian jika ingin dibandingkan ketika masa berkahwin," katanya kepada HLive.


Tambah Rashidi dia akan sentiasa bersama anak-anak jika mereka memerlukan seorang ayah.

"Saya masih menguruskan anak sama seperti dahulu walaupun tidak tinggal bersama.

"Anak-anak saya bersama Vee tetapi rutin seperti menghantar mereka ke sekolah atau pun apa saja memerlukan ayah mereka, saya akan berada di situ," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).